SIAPA BAPA KOMUNIS MELAYU MODEN MALAYSIA...

on Thursday, September 8

1. APABILA Timbalan Presiden PAS berucap memuji dan memuja perjuangan Komunis, mendewakan perjuangan Komunis, memperkecilkan yang terbaru jasa Allahyarham Tunku Abd Rahman dan Dato' Onn Jaafar,di mana semuanya hampir menyerupai malah seia dan senada dengan suara pejuang-pejuang PKM dan khususnya perjuangan DAP, maka kita semua diletakkan di dalam minda kita ke dalam satu bracket.

2. Maka mulalah ada pihak mempersoalkan jasa dan perjuangan Tunku Abd Rahman dan Dato Onn Jaafar, malah Profesor Emeretus Dato Khoo Kay Kim pun dipersoalkan oleh Ketua Pemuda sebuah parti di Johor.

3. Pada tahun lalu, penulis sempat menemuramah Allahyarham Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail, Jeneral ATM yang pertama...http://jentayuabaka.blogspot.com/search?q=tun+ibrahim+ismail...dan....http://jentayuabaka.blogspot.com/2009/10/malay-warrior.html...

4. Dipendekkan cerita,pada tahun 1970an, semasa keluar bekerja beliau pernah ditembak oleh anggota Komunis, tetapi tembakan tersebut tersasar ke tempat lain, maka selamatlah sebutir bintang Melayu dan Islam dari Johor ini. Ketika membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan Jepun, beliau yang terleibat sebagai anggota Force 136 dari pusat tentera British di Ceylon, menaiki kapal selam Diesel lama, mengatur dan memberikan bahan keperluan kepada pejuang-pejuang Melayu di dalam hutan. Entah berapa banyak orang Melayu yang dibunuh oleh Tentera Jepun...bacalah Novel TERJEBAK karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain.

5. Sehari sebelum Tun Ibrahim Ismail meninggal dunia, penulis dihubungi oleh sebuah NGO Antarabangsa untuk menyampaikan kepada keluarga Tun IBrahim Ismail, akan hajat NGO Antarabangsa tersebut untuk memberikan beliau Penghargaan din peringkat Antarabangsa. Malangnya beliau sudah tenat di Hospital, pembantu beliau Jeneral Dato Shukor juga sudah tidak dapat berbuat apa-apa, namun begitulah, wamakaru wamakarallah...Beliau pergi menemui Allah SWT selepas menyediakan negara ini sebuah keamanan.

6. Jika yang manakah baik Chin Peng atau Henry Gurney, maka siapakah pula yang lebih baik sama ada Chin Peng atau Tun Ibrahim Ismail. Penulis yakin, pengucap itu memberi kredit kepada Chin Peng. Barangkali kerana manusia berbudi dan berbahasa, maka jasa-jasa sebuah jabatan kerajaan menjelaskan bil-bil hospital pesakit itu, perlu dibalas dengan sedemikian rupa jugak.

7. Pakar mengenai Komunis di Malaysia, mendiang C.C. Too menyatakan walaupun PKM telah diharamkan, tetapi ideologi Komunis tidak pernah mati di Malaysia. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh pakar mengenai Komunis berketurunan Cina Malaysia ini. Sayangnya...yang memuji memuja memberi kradit mengangkat semangat memberi peluang PKM, DAP, Komunis ini ialah Timbalan Presiden sebuah parti Islam, walaupun tidak lah Islamik pun.

8. Penulis ingin mencadangkan supaya bekas-bekas PKM, penyokong-penyokong ideologi Komunis agar memberikan Anugerah Khas kepadanya Mat Sabu, maybe Tokoh Komunis Melayu Moden Sebenar, atau apa-apalah, Bapa Komunis Melayu Moden kah, atau apa-apalah yang sesuai dengan jasa nya memuji memuja memberi kradit dan memperjuangkan perjuangan Komunis dan PKM di Malaysia, begitu.

Se;amat Membaca.

13 Komen:

Anonymous said...

semua manusia pasti ada kesilapan.......... jangan benci sesama manusia..........

anything about me(asyari) said...

kita tidak membenci , tapi sedih , malaysia , mempunyai rakyat seperti mat sabu , demi politik beliau , sangup buat apa saja , cakap apa saja yg menyakitkan hati hati keluarga perjuang kemerdakaan tanah melayu ni , bapa sy juga adalah seorang tentra ketika darurat dahulu . Mengapa dia dilahrkan sebagai seorang manusia dan lahir di Malaysia ini? "sudipmerah"

Anonymous said...

kaji la dl bang sejarah..

Anonymous said...

Tuan u punya artikel ini Utusan Malaysia petik.

Anonymous said...

asalamualaikum,cikgu,saya adalah bekas pejar smk abaka 2002 tingkatan 3 uia smk abaka tawau.....saya rasa apa yang berlaku pada hari ini adalah kerana kekhilafan negara kiata dan kesilapan kerana menulis nama nama petualang dalam buku sejarah sekolah(walau namapak adil ia memudahkan manupulsi seperti yang berlaku pada kes mat sabu)....apakah buku matapelajaran sejarah harus dirombak?_hafiz sepupu rio bombalai

JAKA said...

isu nya ialah ceramah mat sabu yg dibesar2kan oleh umno utk menutup jenayah lbih besar mereka dan memburukkan PAS.

mat sabu tk pernah berkata sokong komunis. dia hnya memberi semacam hipotesis iaitu , " kalau polis bkt kepong di pihak british(penjajah) maka yang melawan mereka itulah sepatutnya jadi hero(mat indera)."

tiada langsung dia kata sokong komunis.

umno jangan cuba lari dari ISU PENGUNDI HANTU dan PATI YANG DIBERI KAD PENGENALAN.......utk memenangkan umno dlm PRU13.

kepakaran umno ialah membesarkan isu utk menutup isu sebelumnya.

dah jelas kpada rakyat niat busuk jahat umno dari dulu kini dan selamanya....


oppps jgn lupa persahabatan umno dgn Parti Komunis Cina hihihihi

Anonymous said...

Salam Jaka. Saya setuju dgn pandangan sedara yg Mat Sabu tak kata dia sokong komunis, malah dalam ceramah dia pun tak sebut perkataan "komunis".

Menurut tuan, Mat Sabu hanya memberi semacam hipotesis iaitu , "kalau polis bkt kepong di pihak british(penjajah) maka yang melawan mereka itulah sepatutnya jadi hero(mat indera)."

Dari kenyataan itu, kita boleh kenalpasti perkataan-perkataan yg merujuk kepada karakter yg dimaksudkan dlm kenyataan Mat Sabu -

(1)Polis Bukit Kepong (British) = Penjajah.
(2)mereka = Polis Bukit Kepong (British)
(3)Yang melawan mereka = Hero.
(4)Hero = Mat Indera.

Tuan Jaka, problemnya ialah, Mat Indera TIDAK pergi serang Balai Polis Bkt Kepong tu sorang-sorang. Mat Indera menyerang balai polis Bkt Kepong bersama-sama dengan rejimen ke 10 yg diketuai beliau seramai 180 orang, yg berfahaman komunis, dari Parti Komunis Malaya (PKM).

Jadi walaupun Mat Sabu tidak menyebut perkataan "komunis", tetapi adalah jelas bahawa apa yg dimaksudkan ialah -

(1) Yg melawan mereka = Hero = Mat Indera = Rejimen ke 10 PKM = KOMUNIS.

Tuan Jaka, sejarah tetap sejarah. Komunis Tidak percaya kepada Tuhan. Agendanya ialah untuk menubuhkan negara Republik Komunis. Itulah sebabnya walaupun setelah merdeka, mereka tetap meneruskan perjuangan mereka kerana PKM bertuankan Tanah Besar China. Hanya pada Disember 1989 mereka menyerah.

Dalam Islam, betul, kita kena bersangka baik dengan orang yang telah mati...walaupun seandainya Mat Indera bukan komunis dari segi fahaman tetapi kumpulan yang dia bergaul dan hidup bersama-sama adalah komunis. Andaikata dia dianggap seorang muslim, dia adalah Muslim yg mengepalai sekumpulan orang berfahaman komunis. Adakah hanya kerana beliau seorang Muslim, menjadikan tindakan dia yg mengepalai rejimen komunis yg kejam menjadikan tindakannya halal?

Kalau kita perlu bersangka baik dgn Mat Indera, bagaimana dgn 25 org yg terkorban itu? Islam itu adil, jadi tolonglah bersikap adil kepada semua demi Islam.

Tuan Jaka, hukum berperang dalam Islam sendiri telah menetapkan bahawa tiga(3) golongan TIDAK BOLEH diapa-apakan samasekali iaitu, golongan Tua, Perempuan, Kanak-kanak. Harap dapat tuan semak siapakah 25 nyawa yg terkorban dalam insiden tu.

Sekiranya mereka berjaya, Tanah Melayu akan "bebas" dari penjajah British tetapi akan "dijajah" pula oleh penjajah Komunis (PKM). Adakah Komunis lebih baik daripada British?

Tuan Jaka, kenangkanlah juga berapa ramai nyawa-nyawa bangsa Melayu yang telah melayang akibat perjuangan PKM ini. Org cina yg tidak bekerjasama dgn PKM juga dibunuh kerana mereka dianggap pembelot oleh PKM kerana majoriti keanggotaan PKM adalah berbangsa cina, tetapi bilangan cina yg dibunuh amatlah sedikit.

Di Perak contohnya, ramai Melayu yg mati adalah orang2 biasa. Mereka bukan polis, bukan pihak keselamatan. Mereka dibunuh hanya kerana mereka berbangsa Melayu.

Ada satu kampung Melayu di Perak, bernama Kpg Bekor, dekat Kuala Kangsar, SATU KAMPUNG DIBUNUH, sama ada ditembak, ditikam benet, dilibas dgn pedang atau parang, atau di bakar hidup-hidup. Kampung dibakar. Banyak lagi tempat-tempat lain di Perak yg diserang dan org Melayu dibunuh oleh PKM.

Fikir-fikirkanlah tuan. Saya amat sedih dengan keadaan minda org Islam (khasnya Melayu) masakini. BERSATULAH DEMI ISLAM. Ingatlah, kita semua akan mati dan akan disoal mengenai apa yang kita buat hari ini...

Aynora nur said...

Assalamualaikum...
Saya cuma nak ucapkan selamat hari lahir kepada En Alazharri. Sy cuba jejaki facebook anda, tp tak jumpa/atau tersalah add, maka tiada respond. Di sini dengan ikhlas, sy ingin menyambung silaturrahim yang terputus dahulu.

Salam sahabat dari johor...

Rina Saiman 210479 said...

ke mana kamu menghilang..masih di malaysia atau di luar negara...ramai org mencari kamu.. senyap sunyi sepi..

Anonymous said...

TQVM agak sibuk sikitlah, pesan kat kawan2 lama kim salam semua.AL.

Anonymous said...

Setuju ...tak islamik mana pun PAS.. Geger je lebih..exco kelate..mentekedarah harta rakyat..

Anonymous said...

Berita TV3 hari ini , penduduk Limau Kasturi Gua Musang minum air parit je sbb empangan sungai sudah dicemari air drp projek Ladang Rakyat di Gua Musang, masalah air tidak kesudahan di kelantan tu.

Anonymous said...

Teruskan perjuangan.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan