ROMBAKAN KABINET

on Friday, July 27

MENTERI BESAR KEDAH ATAU MENTERI PENUH

Sehingga ke saat ini sudah banyak perkara yang positif berlaku dalam negara kita. Ianya tidak dijangka, saya fikir semua ini adalah ketentuan yang Allah SWT telah tentukan sejak azali lagi, sedangkan kita manusia biasa hanya menjalankan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT itu. Doa juga satu jalan yang ditekankan dalam agama kita Islam.

Perkara-perkara yang nampak biasa seperti pertukaran wang kertas baru, pertukaran Ketua Setiausaha Negara, disusuli dengan kenaikan pangkat ramai penjawat awam tidak lama lagi, baru-baru ini pemberian Bantuan Hari Raya setengah bulan gaji, dan banyak lagi telah mendapat respon yang positif dari rakyat.

Dari sudut politik, kajian yang dibuat oleh UKM malah NGO Merdeka Centre yang rapat dengan kumpulan DS Anwar Ibrahim membuat kejutan apabila Hasil Kajian mereka menunjukkan Kepopularitian DS Najib Tun Razak semakin hari semakin meningkat, khususnya peningkatan sokongan oleh masyarakat Cina. Apapun rakyat Sabah dan Sarawak tetap menjadi penyokong Utama DS Najib dengan melebihi 80%. Manakala sokongan masyarakat Cina kepada DS Najib mencecah 70%.

Di luar negara pula, dilaporkan oleh sekutu-sekutu Yahudi Anwar di Washington amat marah dengan sikap Anwar yang "double talk". Contoh mudahnya kata mereka, apabila berceramah di Kelantan Anwar amat menyokong Islam tetapi apabila bercakap di Australia, Anwar mengubah nada itu kepada sokongannya ke atas kumpulan gay dan "agama itu sama" (pluraisme). Contoh kedua kata mereka, di Malaysia Anwar bercakap menentang Isarel tetapi di luar negara Anwar dengan tekun mengatakan akan "full support" kepada Israel. Sikap double talk Anwar ini antara yang menjatuhkan popularitinya dan memarahkan kawan-kawan NGO Yahudinya di Amerika.

Itu hal lain, apa yang saya hendak katakan di sini ialah, dengan keadaan-keadaan yang memihak kepada DS Najib dan BN tatkala kini, dengan tidak ada tanda-tanda PRU13 akan diumumkan dalam masa terdekat ini, saya ingin mencadangkan supaya DS Najib membuat Rombakan Kabinet. Nadanya agak keras atau anda tidak bersetuju.

Saya tidak kisah, saya yakin apa yang saya tulis, bulan Mac 2009 dahulu, apabila YB Dato' Mukhriz tewas kepada YB Khairy Jamaludin, saya mencadangkan supaya YB Dato' Mukhriz dilantik Menteri atau Timbalan Menteri. Nampaknya idea saya digunapakai juga, tetapi bukanlah pula disebabkan oleh cadangan saya. Rujuk ini http://jentayuabaka.blogspot.com/2009/03/mukhriz-menteri-timbalan-menteri.html

Maka, mengapa saya cadangkan Rombakan Kabinet? 

Yang pertama ialah, DS Najib perlu meyakinkan lagi Rakyat bahawa beliau mempunyai pasukan yang padu, terkedepan, terbuka, berjiwa rakyat, bergerak bersama, bersatu fikiran dan adil. 

Yang kedua, DS Najib memerlukan idea-idea baru yang lebih Transformasi bukan istilah Reformasi yang agak basi itu. Dari aspek sejarah barat, Reformasi dan Renaisance itu ialah idea dari barat berkurun lamanya akibat dari penindasan pemerintah di barat ke atas para petani.Ia berkait dengan Kristian Ortodok pada ketika itu.  DS Anwar sebagai Muslim tidak seharusnya mengguna dan mengamalkan idea itu, malangnya ia sudah melekat dalam mindanya.

Yang ketiga, Rombakan Kabinet ini perlu sebagai persediaan apabila selesai PRU13 kelak, DS Najib sudah tidak perlu lagi memikirkan untuk melantik orang baru dengan segala macam lobi kiri dan kanan. Sebaliknya menumpukan kepada usaha Transformasi yang berterusan, kerana yang lebih penting ialah PRU14 dan PRU15!!!

DS Najib sebagai Perdana Menteri mempunyai kuasa pregroratif untuk melakukannya, kita boleh mencadangkan namun hak itu hak Perdana Menteri. Saya yakin DS Najib adalah Perdana Menteri yang mendengar suara rakyatnya.

Jika anda tanya saya siapakah yang perlu dilantik. Saya suka untuk mencadangkan supaya diwujudkan semula Menteri Hal Ehwal Khas Sabah yang pernah diterajui oleh allahyarham Tun Datu Mustapha dahulu. 

Yang kedua, saya melihat keperluan seorang Senator di kalangan penjawat awam untuk menjaga kebajikan 1.3 Juta penjawat awam dan lebih 600,000 kakitangan pencen. Jika masyarakat Siam yang tidaklah sebesar mana boleh diberikan seorang Senator mengapa tidak kepada idea ini. Atau bagaimana fikiran anda semua?

5 Komen:

Anonymous said...

betul dan setuju. Rombakan cabinet mesti berlaku segera dan sekarang dengan pengantinya yang disenangi rakyat. Jangan ada yang nama dah busuk dengan skandal sex dan rasuah. Calon tak kisah sama ada orang muda atau tua asalkan boleh diterima rakyat dengan mudah. Mana pemimpin UMNO atau BN yang akan merosak dan kalahkan parti segera ditendang keluar,,,contoh nya AP Lajim (UMNO) dan Wilfred BN. Kalau PM Najib lambat bertindak...dia akan kehilangan support dan dilihat sebagai pemimpin yang lemah. Datuk Najib kena tegas dan BERANI...kalau tidak orang2 UMNO yang takde kepentingan parti tapi sangat berpengaroh dan SETIA pada parti akan cabut lari tinggalkan UMNO masuk PAKATAN.

AIR ASIA MILIK SIAPA? DR M atau TONY said...

UALA LUMPUR 7 Julai: Esso Malaysia yang ditukar nama sebagai Petron, dibeli anak Dr Mahathir Mohamad menggunakan sumber kewangan San Miguel Corporation – sebuah syarikat arak terkemuka.

“Jadi, kalau pergi stesen Petron, samalah pergi ke syarikat anak Mahathir, Mokhzani,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian depan lebih 2,000 orang di Padang Kampung Selayang Indah, Selayang baru, malam tadi.


Anwar juga menyifatkan Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada telunjuk Mahathir apabila meluluskan kontrak enam bulan untuk MAS membeli minyak dari Petron.

“MAS tak boleh beli minyak syarikat lain selama enam bulan, daripada syarikat anak Mahathir, Petron – boleh,” katanya, sinis.

Ketua Umum KEADILAN yang pernah memegang jawatan Menteri Kewangan selama lapan tahun itu, mempersoal integriti Najib selaku Perdana Menteri.

“Dasar ekonomi apa ini. Kamu ini Najib, Perdana Menteri ke, ketua kampung? Ini Perdana Menteri takut kepada Mahathir, dengan Perkasa takut, dengan Obama takut, balik rumah takut.

Anwar juga mengimbas kembali desakan Mahathir yang mahu RM2 bilion untuk menyelamatkan anaknya tetapi tidak diendahkan beliau hingga membawa kepada pemecatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ini membuktikan, katanya, walaupun berulang kali Umno ‘berikrar’ mahu membanteras rasuah dan penyelewengan, katanya, janji itu sekadar janji kerana mereka mendahulukan kroni.

“Bukan tiada orang Melayu, India atau Cina, tapi serah kepada orang korup. Tapi bercakap, mesti tentang rasuah. Tapi pelahap bukan main banyak.

“Semua tak betul tapi pemimpin Umno beli syarikat arak tok imam diam sahaja, boleh,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32408


Dicatat Oleh jeebond
Penanda anwar, arak, kroni, madey

San Miguel said...

saan yang beliau lakukan terhadap PM, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.

San Miguel said...

Bercerita tentang kehebatan Mirzan. Beliau sebelum ini, menguasai syarikat antarabangsa Filipina, San Miguel Corporation, yang juga pemilik syarikat San Miguel Brewery Inc, pembekal dan pengedar minuman arak yang terbesar di negara tersebut.

San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran arak Filipina. Syarikat yang sudah mencecah satu abad itu, difahamkan turut mempunyai kilang arak serta kepentingan di China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Menurut laman web San Miguel, ia mempunyai pasaran 60 buah negara di seluruh dunia.

Walaupun San Miguel turut terbabit dalam beberapa bidang perniagaan lain, tetapi yang jelas penglibatan Mirzan, selaku anak kepada bekas PM, anak bekas Presiden Umno yang beragama Islam, yang partinya mendakwa parti Islam terbesar dalam Malaysia, mencetuskan banyak persoalan.

Hari ini rakyat Malaysia mempersoalkan pula, bagaimana Mirzan melalui San Miguel berjaya menguasai syarikat minyak Esso Malaysia. Esso kemudiannya menukar nama kepada Petron dan Petron diberi kontrak untuk membekalkan minyak kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

MAS sebelum ini mendakwa mengalami kerugian, kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas, dan Dr Mahathir selaku Pengerusi Petronas.

Esso sudah ‘direbranded’ sebagai Petron selepas syarikat asal dari Filipina, Petron Corp yang merupakan sebahagian daripada syarikat milik konglomerat San Miguel menjadi pemegang saham terbesar Esso Malaysia dengan pegangan saham sebanyak 73.4 peratus.

Apa yang jelas hari ini, Putrajaya yang dipimpin Najib begitu membisu dengan penguasaan ekonomi yang semakin rancak oleh anak-beranak Dr Mahathir. Yang jelas, mereka semakin mendominasi ekonomi negara. Penuh dengan ‘conflict of interest.’

Kita menggesa Putrajaya untuk memberi penjelasan bagaimana syarikat-syarikat yang merupakan aset penting negara, boleh dikuasai oleh entiti asing dengan harga belian di bawah harga pasaran sebenar.

Seperti yang ditegaskan Anwar, Najib harus membuat penjelasan kepada rakyat, mengapa semua urusniaga yang membabitkan Petronas, MAS, Petron dan sebagainya, dilakukan untuk kepentingan Dr Mahathir anak-beranak?

Bagi Dr Mahathir, beliau anak-beranak, boleh tersenyum bangga kerana mereka merupakan Bumiputera yang berjaya dalam perniagaan, dengan nilai syarikat-syarikat besar yang mereka kuasai mencecah puluhan bilion ringgit.

Tetapi bagi rakyat, kami tidak akan berpuas hati. Kami tidak akan meredai harta milik negara diserahkan kepada syarikat kroni pemimpin Umno. Harta rakyat bukan harta yang mudah-mudah hendak dibidak-bidak pemimpin Umno anak-beranak.

Justeru kita menuntut Putrajaya memberi penjelasan segera. Kita juga menuntut Dr Mahathir dipecat daripada Petronas kerana pelbagai kepentingan negara diraih beliau anak-beranak. Negara akan musnah jika pemimpin Umno dibiarkan untuk bebas sebegini.

Kayalah kamu, mewahlah hidup kamu wahai pemimpin Umno! Itulah berkat daripada kilang arak San Miguel! Berkat dari perjuangan kebangsaan, tanpa mengira halal haram. Meminjam kata Najib di Felda tempohari, memang ‘haram jadah’!
Pendapat Anda
Video
Dari @anwaribrahim
profile
Anwar Ibrahim
anwaribrahim

anwaribrahim @SaifolRajid Asian Renaissance -possibly cheaper from Spore or AIC 5 hours ago · reply · retweet · favorite

anwaribrahim Selain siraturrahmi, turut mohon nasihat TG Haron Din dlm menangani isu hudud. Jwbnya:selama ini umno yg halang. ... m.tmi.me/vP2gJ 6 hours ago · reply · retweet · favorite

Anonymous said...

Kan Mirzan dah jual lama saham dia dalam San Miguel???? Anwar ini mengigau ke apa??

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan