SURAT, DATO' DR. HARON DIN

on Monday, January 21

YBHG. DATO DR. HARON DIN, YB. DATO DR. HASSAN ALI, YB DATO NASHARUDIN MAT ISA LAMBANG SEBENAR

Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh.

Kepada Yang Dihormati,
YBhg. Dato' Dr. Haron Din, YB. Nasharudin Mat Isa, YBhg. Dato Haron Taib, YBhg. Dato Ismail Kamus dan YB. Dato' Taib Azamudin.

Terlebih dahulu kita bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah dan kurniaNYA, kita masih ada kesempatan untuk berdakwah, beristigfar, bermunajat dan berdoa kepada ALLAH SWT. Kita semua, baik UMNO dan PAS, telah berusaha sedaya upaya mengangkat martabat dan kesucian agama Islam dan umat Islam untuk mendapat keredaan ALLAH SWT.

Menurut seorang pemimpin pemuda PAS di Selangor, Cukup-cukuplah perkawanan dengan DAP, lihatlah mudarat yang akan datang jika Pakatan memerintah. PAS tidak mampu menasihati malah tidak ada kekuatan untuk memimpin Pakatan, sudah sampai masanya PAS keluar dari Pakatan. Sekaranglah masanya, bukan selepas PRU13. Inilah masa untuk menunjukkan perpaduan ummah, dan menghancurkan musuh-musuh Islam terutama DAP.

Di Kedah malah di Kelantan, tok-tok guru pondok, dan orang-orang tua yang berumur 60 dan 70 tahun di kampung-kampung jika dulunya penyokong kuat PAS, kini sudah mula berkata, "kalau beginilah PAS hari ini, baik kita keluar PAS dan buat parti PAS baru seperti dulu". Inilah suara-suara pendokong-pendokong PAS asal yang kecewa. Bukan saya yang berkata perkara ini, saya hanya menulisnya, yang menyebutnya kepimpinan pemuda PAS yang pernah menjadi calon dalam beberapa PRU yang lepas.

Lihatlah juga, apabila Majlis Syura memutuskan Tidak Boleh menggunakan nama ALLAH SWT sebagai gantinama kepada GOD (agama Kristian), DAP melalui Pengerusinya Memberi Kata Dua kepada YB Dato Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am) dan YB Datuk Hj Hadi Awang (Presiden) supaya menarik balik keputusan Majlis Syura itu. 


YBHG. DATO ISMAIL KAMUS & YBHG. DATO' HARON DIN MENYEDARKAN AKAN KEBIADAPAN DAP

Pertembungan Pemikiran dalam PAS sekarang menjadi semakin kemerut apabila hanya tinggal kira-kira 20% hingga 25% sahaja golongan Ulama dalam PAS. Parasit-parasit Anwar yang semakin mendominasi PAS berjaya meng'adjust' keputusan-keputusan PAS sebagaimana Mat Sabu berjaya meng'adjust' keputusan Kalimah Allah.

Sebabnya mudah, PAS tidak mungkin dapat menghalang kekuatan DAP sekarang ini, yang menerima dana dan latihan dari luar negara. Di mana-mana sekarang, ahli-ahli PAS bercakap supaya PAS keluar dari Pakatan.

Jika DAP menguasai kerajaan Pakatan selepas PRU13, orang-orang PAS sendiri tahu betapa ligatnya DAP menguasai dan menjaga kuasa itu, menggunakan kuasa itu, yang mana akhirnya YB Datuk Hj Hadi Awang mahu pun Datuk Hj Nik Aziz Nik Mat sendiri pun tidak mampu berkata "tidak" kepada DAP.

Saya akui PAS adalah parti yang penting untuk memberikan "check and balance", namun kemasukan orang-orang Anwar yang membawa masuk fahaman liberal Islam dan Islam ala Amerika ke dalam PAS benar-benar merosakkan Islam PAS. Kata YB Dato' Dr. Hassan Ali, mereka ini semua parasit yang dihantar Anwar ke dalam PAS.

Lihatlah Mat Sabu seorang yang bukan berpendidikan agama, dengan dibantu oleh golongan-golongan parasit Anwar telah memenangkan Mat Sabu. Bukankah parasit-parasit ini yang bertemu YB Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan memberi nasehat yang salah, dengan memaksa YB Datuk Nik Aziz Nik Mat mendesak anak buahnya YB Tuan Man Tuan Ibrahim untuk bertanding Timbalan Presiden PAS. 

Bukankah awal-awal lagi YB Tuan Man Tuan Ibrahim  berkata kepada media bahawa beliau tidak hendak bertanding. Akhirnya, YB Nasharudin Mat Isa ditewaskan, dan berjayalah Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS. Bertepuk-tanganlah parasit-parasit Anwar dalam PAS dan bertepuk tangan jugalah DAP kerana Mat Sabu mudah ditunjuk-tunjuk.

Kepimpinan pemuda PAS ini berkata kepada saya, kita mesti bantu UMNO menang dalam PRU13 ini kerana Mudarat akan lebih besar kepada negara ini, kepada agama Islam, dan kepada bangsa Melayu seandainya DAP menang besar dan menguasai kerajaan Pakatan. 

YB Nasharudin Mat Isa sendiri tidak akan keluar PAS, tidak akan mengisytiharkan diri keluar PAS, tetapi akan keluar PAS jika dia dipecat. Kerana YB Nasharudin Mat Isa seorang individu yang bermaruah.

Ketahuilah bahawa kini semakin ramai pemimpin muda PAS yang masih berada di dalam PAS, tetapi kini sudah berkempen supaya mengundi UMNO.

Katanya, Apakah perbezaan sekarang, UMNO boleh memimpin BN, sebaliknya PAS tidak mampu memimpin Pakatan Rakyat.

Sebagai pemimpin pemuda PAS, beliau menyeru supaya menangkan UMNO dalam PRU13 akan datang untuk mengelakkan Kemudaratan yang lebih besar kepada umat Islam dan bangsa Melayu di tanah air ini.


Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh.


Yang Ikhlas,

Al-Azharri Siddiq,
Menyokong Perpaduan Ummah UMNO-PAS.

***Surat terbuka ini dibuat selepas mendengar ucapan pemimpin pemuda PAS, dengan harapan ahli-ahli Pas yang lain boleh membaca isi hati dan pemikirannya. Beliau seperti juga YB Nasharudin Mat Isa tidak akan keluar PAS, tetapi jika dipecat mereka akan keluar.

19 Komen:

Brahim Nyior said...

Saya seorang daripada yang bersetuju dengan pandangan dan luahannya.

Anonymous said...

Pas keleluar dari pakatan dan berpadulah dengan umno untik kemenangan besar bn. Dengan kemenangan besar banyak kebaikan kepada Islam. Cina ada 3 melayu Islam ada 6 tapi cina bersatu dan melayu pecah jadi 1,1 dan 4. Kalau cina gabug dengan 2 melayu, melayu 4 kalah tapi dalam yg menang cina ada 3 dan melayu ada 2 saja, jadi akhirnya 3 cina kalahkan 6 melayu. Bila cina menang ada dia kasi muka pada dua melayu tu? Lihat di penang dan selangor. Harap melayu Islam semua paham. Bersatula Islam untuk masa depan.......

Anonymous said...

Pas patut Berpadu dengan umno dan bn. Psti lebih banyak kebaikan yg boleh diperolehi daripada kerjsama dengan dap dan pkr. Dap dari dulu, kini dan selamanya akan benci kepada kemajuan melayu Islam di Malaysia.

tajul_admin said...

Saya mohon untuk sebarkan surat ini..
tajulurus.blogspot.com/

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Tawakkal Kepada Allah, teruskan untuk perpaduan Ummah.

PESARA AWAL said...

KALAU JALAN LURUS TERBENTANG DIHADAPAN KENAPA JALAN PENUH BERLIKU MESTI DIPILIH?

Anonymous said...

benar dan setuju

Anonymous said...

Pada pandangan saya, PAS perlu kekal di dalam PR sekurang-kurangnya sehingga lepas PRU13...

Ada kemungkinan jika PAS keluar sekarang kedua-dua parti UMNO&PAS pula yang akan kalah dalam PRU13 nanti...

Kita perlu ingat, majoriti pengundi adalah dari golongan muda...

Majoritinya pula tidak terikat dengan sentimen kepada mana-mana parti...

Jadi lebih baik mereka menang dahulu barulah boleh berkira-kira nak buat macam mana...

Wallaahu a'lam.

mamadanielkhair said...

Jika kita benar2 sygkan Islam...bagilah ulamak2 yg tinggi ilmu agamanya dlm membuat keputusan2 yg melibatkan masa dpn lslam dn negara...mereka pun bukan wat keputusan ikut kata hati..mereka ada majlis syura...siapa kita utk membuat keputusan2 ..mereka lebih bijak dlm menyusun strategi utk kepentign Islam dn masyarakat amnyer..

Anonymous said...

Salam,

PAS perlu keluar dari PR dan kekal sebagai satu2nya pesaing utama UMNO/BN seperti dahulu bagi memastikan tiada monopolisasi dlm isu2 tertentu tetapi kedua2nya harus bermuafakat dalam isu2 berkaitan ISLAM, kebajikan & nasib orang melayu ..pendapat seorang hamba Allah..

Anonymous said...

Apa UMNO telah lakukan sejak merdeka hingga sekarang? Adakah umno telah memartabatkan Islam? Adakah umno telah menambah harta orang melayu atau menggadai harta melayu?
Siapa yg menggadai harta negara atas nama kemajuan? Siapa yg menjadikan Melayu Pulu Pinang pelarian dinegara sendiri selepas merdeka? Siapa yg mengnyebabkan Melayu Langkawi terpinggir? Siapa yg menyerahkan byk rezab Melayu Perak kepada China? Siapa yg memusnahkan felda Melayu di Wilayah Pembangunan Iskandar atas nama kemajuan? banyak lagiiii!!

Anonymous said...

setahu saya tiada satu pun tanah felda yg telibat dalam wilayah pembangunan iskandar,

kalau tak silap hanya felcra tebing runtuh saja yg terlibat,

kalau anon diatas ada maklumat boleh dikongsi bersama.

Anonymous said...

Insya-Allah.
Subhanallah; Alhamdulillah; Allahuakbar

Anonymous said...

• DAP pintar dan lecik
• PKR penuh dengan pembohongan dan propaganda

Bolehkah PAS nak berjalan lurus dan bebas dengan berpengaruh ke atas DAP dan PKR? Apabila dan jika memenangi PRU13 dalam PR?

Satu lagi,
• PAS sekarang penuh dengan dendam kesumat yang membakari dan menyemarakkan keANGKUHan. Jadi, mungkinkah PAS akan menghulurkan tangan kepada UMNO yang 'tewas' apabila dan kika PAS menang? Oh! Tak mungkin!!!

•PAS mesti keluar sekarang jua. Tetapi, langkah ini mesti dilakukan dengan ikhlas; bukan hanya sebagai strategi untuk memenangi PRU13. Sebaik-baiknya pucuk pimpinan dalam PAS dirombak.
•Penting juga para pengundi yang sudah tekad untuk memenangkan UMNO/BN jangan berpatah mengundi PAS/PR. Rasa was-was mengkhuatiri langkah PAS keluar PR hanya satu strategi untuk mencapai objektif pendek mesti disimpan di hati. Keikhlasan PAS hanya benar-benar boleh dilihat lama selepas PRU13 atau adanya rombakan pemimpin kepada Dato' Haron Din, Dato' Nasys, Dato' Hassan Ali, Dato' Ismail Kamus dan yang 'sewaktu' dengan mereka.
Allahuwaklam. Sekedar pandangan.

Anonymous said...

Nabi (SAW) dalam Khutbah Terakhir beliau (lebih kurang maknanya) berpesan agar amanat beliau disampaikan juga kepada para ummat akhir - kerana, sambung beliau: Berkemungkinan mereka (ummat akhir) lebih memahami.

Renungkan apakah maksud Nabi besar kita ini...

Anonymous said...

Dalam berancangan untuk satu kemajuan mesti ada pengorbanan...
•tetapi, pengorbanan-pengorbanan yang strategik
•pengorbanan yang tidak membawa kemudaratan pada jangka panjang dan minima impak negatifnya pada masa kini

Pemerhati said...

X pernah memartabatkan Islam??????? Wahhhh..seronok dgr fitnah..Universiti Islam sapa tubuhkan? Bank Islam beserta perlaksanaan kewangan islam sapa jugak buat & laksana? Sapa yg hantar bantuan tentera + kewangan kat Bosnia? Sapa yg membina masjid2 kt negara ni? Sekolah2 agama rakyat bwh kerajaan negeri tu..Dan mcm2 lg yg malas aku nak sebut. Ooo kiranya tu semua nuar lah yg buat? X payah buat cerita lawak. Fitnah tabur air liur mmg senang. Ingat dosa..ingat akhirat tu weih

Anonymous said...

kalau dah pembangkang tu,keje dia nak bangkang je lah..benda baik yg kerajaan buat,dia x nampak,dia nampak yg buruk je..selama ni,dia hidup kebulur x makan gamaknya kat malaysia ni.smpi nak kata kerajaan zalim.kalau keje,gaji x banyak,jgn salahkan kerajaan,salahkan diri sendiri sbb x belajar bersungguh dulu..aku pun menyesal x blajar btul2 dulu,tp alhamdulillah,belum sampai tahap kebulur lg,sakit pun bayar singgit je...

Anonymous said...

DATO DR. HARON DIN dan beberapa pemimpin PAS dah nampak masa depan dan mesti bertindak sekarang untuk gagalkan puak2 DAP dan PKR yang nyata menjadi tunggangan Si Dajjal.. Selamatkan Umat Akhir Zaman..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan