![]() |
DS Najib bersama-sama umat Islam bersolat Jemaah |
![]() |
DS Najib bersama-sama umat Islam baru-baru ini |
Pada 12 Februari 2014, Ulama tersohor dunia Dr. Yusuf Al-Qaradawi mengutus surat penghargaan kepada DS Najib atas sumbangan kepada kesejahteraan dunia Islam khususnya di Palestin, selatan Thailand, selatan Filipina, masalah Rohingya serta isu-isu berkaitan kesejahteraan umat Islam di negara Syria dan Mesir.
DS Najib sedang mengambil wuduk
![]() |
DS Najib sedang membaca surah Yasin |
Kemudian pada 13 Februari 2014, DS Najib meluangkan masa kira-kira 3 jam di Masjid Wilayah Kuala Lumpur. Dengan penuh rendah diri dan penyerahan yang tulus kepada Allah SWT, orang ramai bersama-sama beliau membaca surah Yasin, bersolat jamaah, mendengar ceramah agama dan seterusnya merapatkan silaturrahim.
DS Anwar ketika berucap di Gereja Holy Family, Kajang |
Manakala pada 16 Februari 2014, DS Anwar Ibrahim yang akan bertanding di Kajang dalam Pilihanraya Kecil telah membuat lawatan dan ucapan di Gereja Holy Family untuk tujuan meraih sokongan masyarakat penganut Kristian di Kajang.
Kita harus faham, persaingan politik mereka di atas bukanlah suatu pergaduhan peribadi. DS Najib dan DS Anwar tidak ada permusuhan peribadi, malah mereka berdua boleh sahaja duduk bersama, minum bersama, berborak berdua dan bergambar bersama-sama.
Dalam hal yang lain, Ketua Pemuda PAS menulis dalam statusnya baru-baru ini, "Namun pendedahan itu tidak menyenaraikan secara
penuh individu yang terlibat. Iaitu nama Saifudin Nasution sengaja dicicirkan
dari berita tersebut sedangkan sebelum tiba individu yang disenaraikan oleh TMI,
Sdr Saifudin Nasution telah sedia berada di dalam bilik hotel tersebut bersama
Dato' Zahid Hamidi di London. Saya difahamkan pada mulanya Tuan Guru Presiden
turut disarankan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim agar pergi bertemu Dato Zahid
Hamidi di London kerana menurut Dato Seri Anwar, ada beberapa perkara yang akan
diperkatakan oleh Dato Zahid Hamidi. Namun Tuan Guru Presiden menguzurkan diri
dari menghadiri pertemuan tersebut dan saya jangka ini adalah langkah Tuan Guru
Presiden yang sangat berhati - hati setelah menelan pengalaman getir menangani
isu Unity Government sebelum ini".
Selanjutnya Ketua Pemuda PAS menambah,"Saya tidak
mahu ianya ditolak mentah - mentah sebagaimana berlaku penolakan terhadap Unity
Government pada 5 tahun yang lalu. Sementelah saya juga tidak mahu ianya
diterima bulat - bulat hanya kerana ia datang dari Dato Seri Anwar Ibrahim
tanpa melalui proses kajian, penelitian, perbahasan dan konsensus sesama parti
- parti kompenan Pakatan Rakyat terlebih dahulu" .
Bagi saya, PKR perlu mendedahkan butir-butir perjanjian (penawaran dan permintaan) jika ada, atau konsensus yang dibicarakan ketika perjumpaan di London itu, memandangkan Presiden PAS Tuan Guru HJ. Hadi Awang telah menyuarakan dengan ikhlas supaya terma-terma konsensus nasional itu diperincikan.
Pertemuan di London itu adalah sangat penting kerana di pihak PAS idea "Unity Goverment" yang dibawa oleh Tuan Guru Hj Hadi Awang telah ditolak awal. Kini atas nama 'konsensus nasional' pula didatangkan oleh DS Anwar Ibrahim dengan matlamat yang hampir-hampir serupa.
Manakala di pihak DS Najib telah menyatakan dengan jelas maksud 'National Reconciliation' di sini.
Sama ada "Unity Government", "Konsensus Nasional" atau pun "National Reconciliation" semua pihak hendaklah ikhlas dan jujur.
Rakyat tidak boleh dijadikan bahan ujikaji, kerana kesannya akan diterima oleh rakyat juga. Pertemuan di London bukanlah rahsia lagi kerana sudah banyak didedahkan oleh portal dan blog, cuma ianya samar-samar dan tidak jelas.
Oleh kerana DS Anwar akan bertanding di Kajang, seeloknya pihak PKR menjelaskan butir-butir pertemuan itu. Saya pasti pihak DAP pun mahu tahu, dan sudah tentu ahli-ahli PAS dan UMNO juga mahu tahu.
2 Komen:
..hadi boroi dulu kini & selamanya bodoh.. lurus bendol.. taqbir!.. laung mat sabu barua aljuburi..
Simple saja bro.... anwar x mahu hadi awang mendahului dia dlm ug...
Manakala anwar akan letakkan segala2nya utk kebebasan diri dia dari tuduhan liwat...
Pas x dak demand apa utk ug... kecuali kesatuan ummah...
Manakala anwar punya byk.muslihat utk kepentingan diri dia...
Anwar mengawal pengikut dia dgn duit manakala pas dgn idealisma...
Patutnya umno kene bertegas dgn anwar... ug dgn pas... bubarkan pkr... buat wadah baru utk servival politik org melayu 100thn lg...
Post a Comment