KISAH ANAK DS HISHAMMUDDIN, H20 LEBIH NEGARAWAN BERBANDING ANWAR IBRAHIM

on Saturday, March 29

Bahasa Wajah : Tanggungjawab, Kesedihan, Kekuatan
SEMASA Perhimpunan Agung UMNO 2013, DS Hishammuddin tidak dapat hadir kerana ditahan hampir sebulan di Hospital akibat masalah jantung. 

Ahli UMNO dan rakyat Malaysia ramai yang tidak tahu bahawa sehari dua sebelum beliau dimasukkan ke hospital, draf ucapan DS Hishammuddin sudah siap untuk dijadikan panduan semasa ucapan penggulungan beliau. Jika ada pembaca yang mahu membaca draf ucapan itu, saya boleh sahaja menunjukkannya, walaupun saya tahu DS Hishammuddin tidak suka menunjuk-nunjuk atau mencari populariti mudah. 

Dalam kes kehilangan MH370, DS Hishammuddin konsisten dengan maklumat yang benar, berani dengan info yang disahkan, dan tidak berhelah-helah atau berbunga-bunga bahasa semata-mata untuk menyenangkan hati keluarga dengan andaian-andaian bersifat spekulasi.

Beliau menunjukkan sifat negarawan yang terserlah, sudah mula membayangi sifat negarawan ayahnya Tun Hussien Onn dan sudah mula menunjukkan warisan ketegasan datuknya Dato' Onn Jaafar. Saya percaya beliau mempunyai masa hadapan dan harapan yang besar kepada rakyat Malaysia. 

Pemikir barat seperti Profesor Samuel P. Huntington dalam bukunya yang terkenal "The Clash Of Civilizations and Remarking Of World Order" yang sudah diterjemahkan di dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia, ada menyatakan bahawa kebolehan seseorang pemimpin menyerap arus deras dari musuh-musuhnya akan melahirkan sebuah tamadun bangsa yang hebat di masa hadapan. Dalam hal ini, DS Hishammuddin berjaya mencitrakan nation building negara kita dengan cermat tetapi meyakinkan.

DS Anwar Ibrahim (Anwar) walaupun lebih senior di dalam politik, tetapi beberapa ulasan Anwar di dalam media dalam negara dan luar negara seringkali bertentangan. Sebagai contoh, semasa Anwar berucap di Australia tidak lama dahulu, Anwar menyindir PAS sebagai sebuah parti konservatif dan tidak memahami maqasid syariah. Namun, apabila berada di dalam negara, Anwar memuji-memuja PAS sampai ke langit. 

Begitu juga ketika menjadi Timbalan Menteri Pertanian, Anwar dalam satu perjumpaan tertutup mempertahankan hak-hak Melayu dan Bumiputera malah mempersoalkan "orang lain" yang bukan penduduk asal negara ini. Apabila sudah hilang jawatan, Anwar berubah 360 darjah di mana mula bercakap tentang kesamarataan, itu tidak adil ini tidak adil, sana kronisme sini nepotisme tetapi Anwar sudah terlupa kini dia, anaknya dan isterinya ketiga-tiga adalah kronistik dan nepostistik. Semalam DS Zahid Hamidi berkata, nampaknya Anwar sudah mula nyanyuk! Baca ini.

Semasa saya mengunjungi DS Hishammuddin, kebetulan anak-anak beliau berada di rumah, saya berkata "Datuk Seri mesti mendidik, memperkenalkan dan mendedahkan anak Datuk Seri supaya mewarisi kepimpinan Datuk Seri dan datuk moyangnya yang terdahulu". 

Saya terkejut apabila DS Hishammuddin menjawab, "Oh tidak, saya tidak akan membenarkan anak lelaki saya menceburi bidang politik sekarang". Sebagai ahli sejarah, saya telah mengkaji kelangsungan bakat kepimpinan keluarga DS Hishammuddin sejak zaman Dato' Jaafar Abdullah lagi Mentri Besar pertama Johor. Maka, saya tahu bahawa survival itu akan diperturunkan kepada anak lelaki DS Hishammuddin. Bagi saya, Allah SWT akan menunjukkan jalan itu jika itulah ketentuannya pada masa yang tepat.

Berbalik kepada isu MH370, kesimpulannya yang saya hendak tunjukkan ialah rakyat Malaysia hendaklah terus memberi sokongan, doa dan kepercayaan kepada DS Hishammuddin yang sekarang ini mengetuai sidang akhbar operasi SAR MH370. 

Percayalah, DS Hishammuddin tidak menyembunyikan hatta satu perkataan pun kepada kita semua dalam isu ini. Lihatlah ketika DS Hishammuddin berkata, pesawat MH370 telah membuat 'turning back' di mana ketika itu ramai orang tidak mempercayainya, tetapi hari-hari berikutnya terbukti ianya pendedahan yang berani dan sangat bertanggungjawab. Jika beliau mahu menyembunyikan sesuatu kerana maklumat itu maklumat radar tentera, sudah tentu beliau tidak akan mendedahkannya bukan.

Janganlah kamu mempercayai berita dari luar negara seperti CNN, kerana saya bimbang kamu terketawa terbahak-bahak apabila CNN sebuah rangkaian TV Internasional akan memberikan kamu maklumat "Kuala Lumpur in Indonesia" dan "Najib Rahman". Mungkin selepas ini CNN akan menulis, mantan Perdana Menteri Ibrahim Anwar didapati bersalah dan akan dipenjara di Penjara Sungai Buloh, Indonesia!.

Selamat Berhari Minggu.
PWTC. Kuala Lumpur.



28 Komen:

Anonymous said...

Salam saudara, aku suka artikel ini. Terang dan jelas. Ini bukan masa berwayang wayang!

Anonymous said...

Aku kenal Hisham di zaman Pemuda. Aku tak heran dengan penampilannya sekarang. Itulah Hisham sebenarnya. Ada orang yang sengaja wujudkan persepsi beliau lemah, aku yakin org UMNO sendiri. Hisham mmg seorang yang jelas, tegas dan objektif. Patutnya kita support dia.

Anonymous said...

Tumpang bangga bro, pemimpin Melayu. Pemimpin masa depan, insyaallah

Anonymous said...

Teruskan perjuangan Datuk Seri. Kali ini UMNO akan membuat penilaian tepat!

Anonymous said...

Demikianlah Tuhan mengatur dan menyusun . Ada masa ketikanya kebenaran akan terserlah.Kita usah khuatir tentang masa hadapan UMNO. Kita telah ada pelapis

Anonymous said...

Aku tak peduli siapa dan apa matlamat tuyan tanah ini. Yang aku nak habaq mai ialah aku sokong Hishamuddin. Lillahhitaala, aku tak dapat apa pun tapi aku puas hati dengan pencapaian dia...

Anonymous said...

bagaimanapun hendaknya DS HISHAM tidak mengambil mudah sisi kelemahannya iaitu...KOTA APA YANG DIKATA DAN TEGAS. tidak lah nanti dilabel lagi sebagai MENTERI AMARAN. Yang lain-lain wak setuju dah.

Anonymous said...

Saya setuju. Hishamuddin telah mencuba dan nyata beliau berkesan. Ini bukan sekadar soal parti tapi lebih daripada itu, Hishamuddin mewakili negarabangsa

Anonymous said...

Salam, saya org muda. Retorik, puji puji bukan cara saya. Tapi kali ini saya rasa DS Hishamuddin wajib dipuji. Tabah sangat.

Anonymous said...

Aku pun dah mula respek DS Hishamuddin berbanding Zahid Hamidi yg hanya tahu buat amaran.Dalam kes MH 370 ini nampak dia bersungguh-sungguh dan telus.Cara dia mengeluarkan hujah atau menjawah soalan pun nampak lebih profesional bebanding dgn menteri amaran bernama Zahid Hamidi.

Anonymous said...

Salam saudara, Suka cara saudara. Org tak suka mereka punya pasal, Kita kena hargai pemimpin kita yang perform sebab pembangkang dah tentu akan perleceh. Harap usaha saudara berterusan

Anonymous said...

Kami bersama mendoakan DS Hishamuddin. Semoga diberi Allah kekuatan dan kesihatan.
Terima Kasih, DS.
Ikhlas dari
Keluarga Mahmud, Petaling.

Anonymous said...

Syabas kpd kerajaan dlm menangani isu MH370. Ini menunjukkan bahawa kerejaan kita adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab. Harap teruskan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan selagi tidak ada kepastian dari sumber2 yang sahih sahaja. CNN dan media lain bolih berkata apa sahaja kerana mereka tidak perlu menjawab kepada sesiapa.

Anonymous said...

Kalau dulu DS Najib diuji dengan insiden Sauk, kini DS Hishammuddin diuji dengan MH370. Inilah kuasa dan perancangan Allah swt. Di ketika DS Hishammuddin menjaga TUDM dan TLDM sebagai Menteri Pertahanan & DCA dan MAS sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan. Inilah kuasa Allah swt. Siapa sangka.......

Anonymous said...

Orang yg bijak, berjiwa seorang pemimpin, darah yg mengalir dlm diri tu merupakan darah keturunan pemimpin Melayu yg hebat, 1 hari akan tiba hari kebangkitan dia..nah...sekarang ni adalah masa DS Hisham menunjukkan taringnya... syabas DS

Anonymous said...

Walaupun X dpt bantu secara fizikal, bantuan dri segi doa & sokongan padu tetap akan kami beri kpd Hisham & usahanya....

Anonymous said...

mappakoe.. hebat DS

Anonymous said...

Sebagai golongan muda negara ni, Saya sangat bangga dgn DS Hisham... dpt rasakan Hisham ni adalah pemimpin masa depan kami...

Anonymous said...

pertama kali saya ingin katakan DS Hishamuddin..anda sorg yg sgt hebat..Allah sudah takdirkn kami yg anda adalah pemimpin negara barokah ini..im stay behind u DS.

Unknown said...

Good Minister!!!

Anonymous said...

Sudah tiba masanya utk Hisham me nexus legasi kepimpinan keluarganya....

Anonymous said...

Hidup Hisham! May God bless u

Anonymous said...

Sebagai golongan muda negara ni, Saya boleh katakan kami mmg mengharapkan org seperti Hisham mampu membawa Malaysia lebih jauh

Anonymous said...

Yg menyembunyikan sesuatu adalah puak pembangkang...mereka sembunyikan agenda mereka utk jatuhkan kepimpinan sedia ade secara senyap2

Laila10 said...

Hisham senyap je selama ni kan, skrg kuasa Allah nk tunjuk kemampuan beliau sbg seorg pemimpin

Anonymous said...

Darah negarawan kuat mengalir dlm jiwa Hisham. ...

amira natasha said...

Allah.... saya rasa baca artikel ni... dulu org x pandang pun Hisham ni...tp tgklah sekarang, beliau lah yg paling bekerja keras mewakili Malaysia di pentas dunia

Anonymous said...

Rendah diri...bertanggungjawab.... tabah... jujur... ikhlas...itulah Hishamuddin

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan