PERTAHANKAN PETRONAS DARIPADA KEJAHATAN

on Saturday, January 3

TAHUN 2014 baru sahaja meninggalkan kita, sepanjang tahun itu kita dikejutkan dengan tiga peristiwa besar iaitu tragedi MH370, MH17 dan syarikat penerbangan kedua terbesar negara AIRASIA beberapa hari sebelum menutup jendela 2014.

MAS dan AIRASIA merupakan dua syarikat penerbangan Malaysia. Kedua-duanya terkenal di seluruh dunia. Perkhidmatan MAS terkenal sangat bagus sehingga menerima anugerah sekian tahun. AIRASIA dalam kategorinya juga menerima anugerah setiap tahun. Kedua-duanya trademark yang mengkagumkan di mata dunia. Pada tahun 2014, musuh-musuh yang tidak berhati perut telah berjaya merosakkan MAS dan AIRASIA, tetapi mereka masih gagal menghancurkannya.

Kelihatan, apa yang berlaku sepanjang tahun 2014 seperti bunga-bunga sahaja, di mana sasaran sebenarnya ialah tahun 2015 dan seterusnya.

Namun begitu, negara kita masih boleh bertahan kerana perpaduan rakyat kita masih utuh. Musuh-musuh negara telah gagal beberapa kali untuk merosakkan negara kita, namun mereka tidak pernah berhenti mahu memperdayakan rakyat Malaysia. 
PETRONAS
Apa jua kos yang dikeluarkan oleh PETRONAS sama ada kos di pelantar, kos produk, bahan mentah, pentadbiran, insuran dan sebagainya, Kerajaan tetap mengambil langkah yang sangat berani dengan mengurangkan harga RON95, RON97 dan diesel. Walaupun kos ketiga-tiga produk ini tidaklah jauh berbeza dan boleh menampung kerugian akibat penurunan harganya, namun kerajaan mengambil langkah berani menurunkan semua harga produk tersebut pada kadar yang berpatutan, demi rakyat.

Setelah mengambil kira trend harga minyak di pasaran dunia USD60 setong sekarang, cadangan Rafizi di sini  supaya harga RON95 itu diturunkan lagi kepada RM1.60, ianya adalah satu cadangan yang tidak boleh diterima walaupun formulanya ke arah itu, kerana ianya akan membunuh PETRONAS dan memusnahkan masa hadapan generasi dan negara kita. Saya percaya Rafizi tidak sedar akan hal ini.

Adakah anda sedar bahawa 'Teras' ekonomi negara kita sekarang ialah PETRONAS. Hasil pendapatan PETRONAS kepada kerajaan sangat besar. Pada tahun 2014, sumbangan PETRONAS kepada kerajaan kira-kira RM68 Billion. Jika trend harga minyak terus menurun, PETRONAS dijangka hanya mampu memberi sumbangan kepada kerajaan lebih kurang RM43 Billion sahaja iaitu kurang 37%. 

Bayangkan, setiap USD1 penurunan harga minyak dunia, PETRONAS akan kehilangan RM1 Billion. Rafizi tidak melihat kehilangan ini suatu ancaman besar kepada negara, kerana fokus Rafizi ialah menurunkan harga minyak kepada RM1.60 dengan dua tujuan. Pertama supaya dia popular, dan kedua supaya pendapatan kerajaan merosot atau sumbangan PETRONAS kepada kerajaan dikurangkan. Implikasinya ialah rakyat akan merana.

Sekarang mari fikirkan, dengan harga USD60 setong atau kurang lagi, adakah pendapatan PETRONAS bertambah atau berkurang?

Kedua, jika berkurang adakah PETRONAS boleh memberi sumbangan yang sama banyaknya kepada pembangunan negara pada tahun 2015 ini?

Ketiga, dengan pendapatan PETRONAS dijangka berkurangan bagaimana nasib syarikat-syarikat Bumiputera yang bernaung di bawah PETRONAS?

Bayangkan jika musuh-musuh negara menurunkan lagi harga setong minyak kepada USD40 ? Apakah kesannya kepada PETRONAS dan negara? 
Siapakah Musuh-Musuh Negara?
Itulah sasaran musuh-musuh negara kita. Mereka mahu menghancurkan Teras ekonomi negara kita. Mudah kata, mereka mahu menghancurkan PETRONAS. Hancur PETRONAS maka hancurlah ekonomi Malaysia. Apabila hancur ekonomi Malaysia, maka menjadi peminta sedekahlah negara kita.

Sedarlah bahawa, ramai yang cemburu dengan kejayaan PETRONAS, dan musuh-musuh di luar sana mencari masa yang sesuai. Kini, masa itu seperti sudah tiba bilamana serangan menurunkan harga minyak di pasaran dunia menjadi trend yang semakin panjang. Ianya tidak pernah berlaku. 

Siapakah musuh-musuh utama negara kita ini? Sedar atau tidak sedar, mereka adalah segelintir sahaja di dalam dunia dengan memiliki kuasa untuk mencatur sesiapa sahaja. Mereka berada di belakang seseorang pemimpin. Mereka mencatur pemimpin-pemimpin di seluruh dunia supaya menuruti jalan yang mereka sudah tentukan. 

Mereka inilah yang menyerang sistem kehakiman negara kita, ekonomi negara, Perlembagaan Persekutuan, apa sahaja hatta sistem Raja-Raja, sistem Kerajaan Persekutuan, kesucian agama Islam, sistem Bumiputera dan sebagainya. Ramai di kalangan kita melihat hal ini biasa-biasa sahaja kononnya keadilan atau human right, walhal mereka lupa ianya adalah rentetan peristiwa yang mempunyai matlamat yang tersembunyi.

Apabila DS Najib bercakap soal "Kesederhanaan" ramai orang tidak sedar ianya adalah senjata kepada keselamatan negara kita. Apabila DS Najib bercakap mengenai "Wasatiyyah" ramai tidak melihat hakikat dalamannya. Apabila DS Najib bermain golf mereka hanya melihat kayu dan bola golf sahaja, kerana kita dibutakan oleh alatis bernama TV dan internet. Walhal TV dan internet tidak dapat menayangkan apa yang ada di dalam hati dan perjuangan Perdana Menteri kita.

Sejarah sahaja yang akan membuktikan, bahawa tindakan DS Najib itu adalah untuk memastikan rakyat Malaysia terus hidup dengan sejahtera.

Kepada rakyat Malaysia, percayalah, bahawa kita mesti bersatu untuk menghadapi semua ini. Kita mesti bersatu hati menentang kejahatan.






4 Komen:

Anonymous said...

Anda memberi gambaran yg menarik. Sy setuju Petronas kini menjadi sasaran.

Anonymous said...

TERBAIK,Bagi org yg sihat akalnya!

Anonymous said...

Memang tugas pembangkan untuk menafikan segala tindakan pemimpin kerajaan samaada yang menguntungkan negara maupun mencelarukan pentadbiran negara.

Masalahnya mengapa pemimpin negara mau ikut rentak dan saranan pembangkang. Bukankah bodoh namanya itu.

Untunglah ramai pimpinan lama termasuk Tun M dan pimpinan sedia ada dalam umno menyuarakan ketidak setujuan akibat janji pimpinan tertinggi untuk memansuhkan akta hasutan. Kalau tidak maka akta ini pun akan ikut serta dilenyapkan sepertimana akta isa.

Jangan salahkan pembangkan jika mereka terlalu banyak buat teguran, protes dan saranan songsang. Itu memamg strategi mereka. Tapi salahkanlah pimpinan yang syok mengikut telunjuk dan mengiyakan syor musih sendiri untuk menjerumuskan bn.

Sekian.

Anonymous said...

Aku p.c.b dah kena potong tiap kali GAJI 14% ...+ GST 6% TIAP. KALI P BLI. BARANG KEPERLUAN BAYARAN. INSURAN BIL. BIL.... TP GAJI. X NAIK... KEJE BTUL KERAJAAN...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan