SUMBANGAN PAS: ADAKAH MALAYSIA BERSEDIA DIPERINTAH GABUNGAN UMNO-PAS ?

on Wednesday, September 2



Perhimpunan BERSIH 4.0 baharu sahaja berlalu dengan pelbagai insiden yang tidak bersih. Insiden gambar dua pemimpin Islam dan Melayu,  Hj Hadi dan DS Najib dipijak, kemunculan kumpulan LGBT, insiden 'Mat Sabu', sampah-sarap, keterlibatan kanak-kanak dan banyak lagi memberikan gambaran betapa kotornya BERSIH 4.0

Di negara Brunei Darusalam, lebih kurang 10 orang rakyat Malaysia yang terlibat dengan BERSIH 4.0 menerima kritikan dan kutukan daripada rakyat Brunei di dalam media sosial negara itu. Di Bangkok, tidak sampai 10 orang menghadiri himpunan BERSIH 4.0

Tiada siapa menafikan majoriti peserta himpunan BERSIH 4.0 kali ini dikuasai oleh masyarakat Cina. Anggaran masyarakat Cina di antara 80%-90%. Hal ini membuktikan dengan jelas konsep kesamarataan, keadilan dan kesaksamaan yang diuar-uarkan di dalam PR yang dikuasai DAP memberikan banyak keuntungan kepada masyarakat Cina sahaja. Pulau Pinang sebagai bukti yang paling jelas. Gambaran ini juga boleh digunakan sebagai penanda aras kepada BN semasa PRU14 kelak.

Saya melihat masyarakat Cina masih tidak memberikan sokongan kepada parti-parti komponen Cina di dalam BN. Mereka lebih meyakini DAP kerana kejayaan DAP dalam PRU13 memberikan inspirasi kepada mereka untuk menguasai Kerajaan Persekutuan. DAP juga berjaya menanam bibit kebencian masyarakat Cina kepada kerajaan persekutuan. Sebenarnya mereka mahukan Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri.

Sebaliknya, saya percaya UMNO akan menambah lagi kerusi yang dimenanginya daripada 79 (2008) kepada 89 (2013) dan saya lihat momentum itu akan berterusan pada PRU14. Orang-orang Melayu sangat alergik dengan perkataan DAP. Penguasaan DAP semasa BERSIH 4.0 akan lebih mendekatkan mereka kepada UMNO dan PAS kerana orang Melayu sangat bimbang nasib masa depan lebih buruk sekiranya DAP memerintah sebagaimana yang menimpa nasib orang-orang Melayu di Pulau Pinang sekarang.

Apakah Sumbangan PAS
Saya ingin mencadangkan supaya hubungan UMNO dan PAS ditambahbaik lagi dengan membuat perbincangan susulan supaya kerusi-kerusi yang ditandingi UMNO dan PAS tidak bertindih semasa PRU14. Kedua-dua UMNO dan PAS tidak perlu bergabung tetapi mereka boleh bersatu di luar lingkaran demi menjaga kemaslahatan umat Islam dan bangsa Melayu di dalam negara ini. 

Jika mengambilkira kerusi sekarang 89 (UMNO) + 21 (PAS) = 110 kerusi. Semasa PRU14 saya menjangkakan UMNO akan memenangi 100 kerusi manakala PAS purata kemenangan kekal di antara 21-25. 

Bermakna Malaysia boleh diperintah sepenuhnya oleh UMNO dan PAS dengan sumbangan parti PBB di Sarawak dengan purata di antara 20-25-30 kerusi lagi. Jika ditambah jumlah 110 tadi, maka BN akan mendapat sekurang-kurangnya 135 kerusi. 

Manakala parti-parti lain seperti PBS, PBRS, UPKO, SUPP, MCA, Gerakan, MIC akan menjadi pelengkap kepada gabungan kerajaan BN. Parti-parti ini sekurang-kurangnya akan memberikan 10-20 kerusi kepada BN. Sekiranya ditambah lagi dengan 135 kerusi tadi, maka BN boleh mencapai sekurang-kurangnya 145-155 kerusi semasa PRU14. Inilah sumbangan PAS kepada gabungan baharu ini nanti.

DAP akan mengekalkan kuasanya di dalam PR manakala PKR akan menghadapi dilema tanpa DS Anwar Ibrahim. 

Apa yang berlaku di dalam negara pada hari ini adalah proses pembersihan di dalam parti masing-masing, di mana ianya akan memberi keuntungan kepada parti-parti utama seperti UMNO, DAP dan PAS. 

PAS berjaya membersihkan partinya daripada pelbagai kumpulan non-Ulama seperti kumpulan Anwarista, Erdogan dan pro-DAP. Hari ini dengan beredarnya Mat Sabu daripada PAS, maka PAS kembali dengan jatidirinya sebuah parti pro-Ulama yang jelas Islamiknya.

Manakala, di dalam UMNO bergerak agak lambat. Tidak seperti zaman Tun Dr. Mahathir dahulu, sekiranya berlaku masalah di dalam parti, proses pembesihan dibuat dengan cepat. 

Saya menjangkakan kerjasama UMNO-PAS akan terlaksana menjelang PRU-14. Persoalannya adakah rakyat Malaysia sudah bersedia dengan gabungan baharu ini?







1 Komen:

Anonymous said...

Perkiraan saya Umno dan Pas memang boleh menambah beberapa kerusi lagi berbanding dgn apa yg mereka ada sekarang ,jika berkerjasama.Beberapaa kerusi PKR boleh di rampasa oleh Umno/Pas.Masalahnya sekarang ada segelintir dari Umno dan juga dari Pas yg tidak mengutamakan kepentingan Melayu dan Islam tapi lebih mengutamakan kepentingan diri mereka sendiri,yg boleh menjadikan kerjasama Umno/Pas gagal.Sekarang pun sudah kedengaran beberapa suara sumbang mengenainya,mereka ini takut kepentingan peribadi mereka terjejas.Masaalah ini lebih berat di pihak Umno,kerana penyakit hasad dengki sanat berleluasa dalam parti tersebut.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan