KISAH SEBENAR PERDANA MENTERI ISRAEL DI PBB

on Monday, October 5

United States - Seminggu sebelum DS Najib Tun Razak berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serangan sudah dimulakan dengan disertakan gambar doctored kononnya DS Najib sudah berucap dan audiensnya hanya DS Rosmah dan seorang dua pegawai kerajaan sahaja. Kami di New York berasa sangat lucu dan ketawa kerana DS Najib belum pun berucap tetapi ada juga yang membuat fitnah buta kononnya DS Najib sudah berucap!. Tidak tahulah jika ada juga orang di tanah air yang mempercayainya!

Kemudian, serangan seterusnya oleh portal-portal pro pembangkang dan sebagainya menguar-uarkan kononnya DS Najib akan ditangkap oleh FBI. Kononnya, DS Najib akan dibicarakan oleh FBI di bawah undang-undang FBI. Namun sehingga DS Najib terbang ke Milan, tiada seorang pun FBI berdiri di hadapan DS Najib!

Paling lucu, ucapan DS Najib yang hanya sejam di hadapan pelajar-pelajar Malaysia diulas tiga hari berturut-turut oleh portal-portal pembangkang, termasuk ulasan cetek Rafizi yang tidak masuk akal itu. Semuanya memberi ulasan yang kotor. Maksud kotor ialah tidak benar.

Walhal, DS Najib tidak mempunyai rehat yang cukup siang dan malam. Semuanya penuh dengan program rasmi dan tidak rasmi dengan pelbagai kumpulan. Semua mahu berjumpa Perdana Menteri Malaysia!

Kemuncak kerja DS Najib di New York ialah ucapan beliau pada 1 Oktober 2015. DS Najib dengan tegas mengulangi pendirian Malaysia membela nasib orang Palestin dan mengkritik Israel kerana kekejamannya yang tidak pernah berhenti. 

Jika DS Najib takut kepada Amerika Syarikat, DS Najib tidak akan mengkritik Isarel kerana Israel adalah anak emas Amerika Syarikat. Manakala Hamas yang memerintah Semenanjung Gaza pula adalah dalam senarai pengganas Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, DS Najib dengan lantang mengkritik Israel malah menyebut terdapat dalam prinsip etika kitab Taurat bahawa, "Apa Yang Menjadi Kebencian Kepada Kamu, Jangan Kamu Lakukan Kepada Orang Lain".

Selepas itu, DS Najib keluar daripada dewan ucapan dan terserempak Perdana Menteri Israel ketika sedang menunggu kenderaan. 

Apakah yang berlaku, fitnah dicipta lagi kononnya DS Najib ada pertemuan special dengan PM Israel di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Akhbar-akhbar Israel sangat bijak, mereka tidak mengulas ucapan DS Najib yang mengkritik Israel, tetapi mereka memuji DS Najib dengan headline kononnya, Malaysia bersedia menjalin hubungan baik dengan Israel. Apakah tujuannya? Tujuannya supaya umat Islam di Malaysia marah kepada DS Najib apabila membaca headline itu! Walhal tiada rundingan, tiada meja bulat, tiada minum petang dan terserempak itu tidak sampai pun 100 saat! DS Najib pula perlu segera bersiap sedia untuk satu lagi acara penting di Milan, Itali. Tidak ada keperluan dan tidak ada masa untuk bersembang dengan Netanyahu!

Ucapan DS Najib amat mudah, "I did it for Malaysia".

Malaysia bersetuju menerima 3,000 pelarian perang Syria kerana mereka adalah saudara seagama, umat Islam adalah bersaudara. Jika 28 negara Islam menerima pelarian perang Syria, amatlah tidak sesuai Malaysia menolaknya sedangkan Malaysia dikenali negara Islam yang dihormati. Sekali lagi, ianya untuk Malaysia.

DS Najib bergegas ke Milan meninggalkan Netanyahu di lobi PBB kerana urusan ekonomi negara di Milan lebih penting kepada rakyat Malaysia dan negara kita. Sekali lagi, ianya untuk Malaysia. 

Cukuplah DS Najib menunjukkan kesyumulan ajaran Islam dengan tidak memalingkan wajahnya daripada Netanyahu yang kejam itu. 

Cukuplah DS Najib menunjukkan keindahan Islam dengan tidak menolak jabat tangan Netanyahu di khalayak umum. Rasulullah SAW sendiri memberikan banyak contoh diplomasi apabila bertemu dengan musuh. Islam itu addin, indah dan syumul.

Amish Village,
Lancaster, Penns, USA.
4 Oktober, 2015.












3 Komen:

Anonymous said...

Mekasih di atas Artikel yg. BERNAS ini Abu Syifa!

Memang YAB PM BUMPUTERA Islam/Melayu kita telah diPERANGKAP dgn. amat KEJI oleh TERORIS-TERORIS PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNO-RASIS-EJEN/KULI-Barat/ZIONIS-SOROS/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH-no-1! Dan juga disyaki oleh si NYANYUK-GILA-KUASA madey-PENJILAT SOROS (dulu BERPURA benci konon) – bila media KEPARAT Malaysian InsiderBANGKAI BABI memFITNAH seolah YAB PM DS Mohd. Najib Tun Razak, apabila dari gambar pertembungan ini dan juga ucapan beliau mahukan perhubungan lebih baik antara umat Islam dan penganut Yahudi, seolah beliau MENGHALALkan rejim PENGGANAS ZIONIS ISrael, sedgkan PENGGANAS ZIONIS bertuhankan IBLIS, bukan mewakili penganut agama Yahudi [(ZIONISMA yg. ditubuhkan oleh Empayar ZIONIS Rothschild, adalah falsafah POLITIK yg. RASIS yg. berasaskan SATANISMA, yg. mengEXPLOITASI agama Yahudi untuk mencapai matlamatnya terutamanya MENJATUHkan Islam/umatnya serta Katolik/penganutnya, terutamanya untuk MENJAJAH/MEROMPAK Palestin dan seluruh Dunia Islam/Kristian, untuk menubuhkan SATU Kerajaan Dunia (atau“New World Order)]!
Lihat PERANGKAP Zionis dan KULI-KULInya dr. puak TERORIS-TERORIS PKRHOMO/DAPBANGKAI ke atas YAB PM kita ini! Di - http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/israeli-paper-praises-najibs-call-for-new-dawn-in-muslim-jewish-ties , Israeli paper praises Najib’s call for new dawn in Muslim-Jewish tie !

Aku syak “TIMING” masa keluaq YAB PM dari dewan di UN tu, SENGAJA diRANCANG dgn. amat LICIK utk. BERTEMBUNG dgn. SATANyahoo (“set up” in a TRAP), maka YAB PM dapat diFITNAH kononnya sedg. berjumpa/bermesra dgn. PENGGANAS PM ISrael ini!

Dan apalagi si PENJILAT-madey, PerkasaBANGSAT pun pd. masa yg. sama yg. sungguh MENCURIGAkan ini, ambil pula peluang atas PERANGKAP ni utk. GERTAK dgn. BIADAP ke atas YAB PM kita; lihat MailBANGKAI BABI (yg. memPERMAINkan nama “Malay” sewenangnya tapi ANTI-ISLAM/MELAYU)! Di - http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/clean-up-your-act-or-we-will-support-pas-instead-perkasa-warns-umno, Clean up your act or we will support PAS instead, Perkasa warns Umno !

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

Pencerahan yg jelas dan baik dari admin. Yg benar tetap benar. Kaki fitnah akan kecundang.

Anonymous said...

Dah teruk pengamal media sosial di tanahair. Semua benda dah tak betul atau dijadikan tak betul pada pandangan mereka. Apabila mainan persepsi ini digunakan ianya hanya akan merugikan rakyat kerana salah perhitungan. Yang baik boleh nampak jahat sangat dan yang jahat akan terlihat seperti baik sangat.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan