PERDANA MENTERI DAP, KENAPA MALU MENYATAKAN HASRAT SEBENAR ANDA?

on Thursday, October 8

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng
Senario semasa DAP
Salah satu keputusan awal penubuhan Pakatan Harapan tempoh hari ialah pengumuman oleh DS Wan Azizah bahawa mereka bersetuju untuk menjadikan DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU14.

Kumpulan Pro-Azmin Ali dalam PKR mengkritik penubuhan Pakatan Harapan sebagai melanggar ketetapan mesyuarat PKR. Kemudian, aktivis Bersih 4.0 mengkritik penubuhan Pakatan Harapan sebagai tergopoh-gapah tanpa persediaan yang sepatutnya. Sungguh caca-merba. Yang tidak caca-merba ialah DAP.

Pada pandangan saya, DAP terlalu lama menyembunyikan hasrat sebenar mereka. DAP terlalu berhati-hati untuk berterus-terang di hadapan parti-parti Melayu yang mereka sebenarnya mempunyai calon yang lebih layak, lebih berpengalaman untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sepatutnya, oleh kerana DAP telah membuka pintunya kepada orang-orang Melayu, malah sudah pun memiliki Yang Berhormat berbangsa Melayu di dalam parlimen, maka sepatutnya kepimpinan DAP perlu berterus-terang hal calon Perdana Menteri di dalam DAP.

Tragedi DAP Tahun 2008
Sikap menyembunyikan cita-cita sebenar DAP hanya akan merugikan parti DAP sendiri. Sebagai contoh, pada tahun 2008 parti DAP telah menguasai Dewan Undangan Negeri Perak dan selayaknya mereka menjadi Menteri Besar kerana lebih majoriti berbanding PAS dan PKR. Memandangkan DAP tidak mempunyai pelan kontingensi dan terkejut dengan kemenangan besar mereka, mereka tidak dapat mengawal emosi malah berebut-rebut untuk menjadi Menteri Besar. Mereka sudah lupa hal Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Akhirnya, jawatan idaman DAP itu terpaksa diserahkan kepada wakil PAS walaupun hati mereka mendidih sakan. 

Yang lebih penting dalam peristiwa itu ialah, politik negeri Perak menjadi kucar-kacir di mana perlantikan Menteri Besar paling lewat diumumkan, berlakunya perebutan jawatan Menteri Besar oleh wakil DAP. Malah insiden tersebut turut mencemar institusi kesultanan negeri Perak bilamana ada pihak yang terpaksa mencabar Sultan Perak kerana terlalu menginginkan jawatan Menteri Besar Perak.

Berdasarkan pengalaman tersebut, saya percaya dalam PRU14 kelak, DAP akan meletakkan ramai calon-calon Melayu di negeri Johor, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Begitu juga di Sabah dan Sarawak.

Di peringkat nasional, jika DAP masih bersikap tunggu dan lihat, terlalu berhati-hati menjaga perasaan parti-parti Melayu di dalam Pakatan Harapan, maka saya percaya DAP akan ditolak oleh orang Cina sendiri pada PRU14. Sejarah menunjukkan, walaupun DAP menjaga hati PAS semasa di dalam Pakatan Rakyat tetapi PAS tetap meninggalkan DAP.

Perdana Menteri DAP
Nasehat saya kepada DAP, namakan segera Lim Guan Eng sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia menjelang PRU14 atau anda akan mengulangi tragedi tahun 2008. 

Saya melihat, jika DAP menamakan Lim Guan Eng sebagai calon Perdana Menteri banyak isu-isu nasional akan jatuh berguguran menyembah bumi. Di antaranya, sudah pasti tidak akan ada lagi serangan ke atas 1MDB, dana politik, demo Bersih dan sebagainya. Namun, amat mustahil Lim Guan Eng akan menghapuskan GST dan tidak menandatangani TPPA. Sebabnya mudah, Malaysia tidak akan berjaya hidup bersendirian tanpa globalisasi.

DAP perlu sedar, majoriti masyarakat Cina di Malaysia sudah hilang harapan kepada MCA dan Gerakan. Amaran saya kepada DAP, jika DAP berterusan bersikap berlengah-lengah, jangan pula nanti masyarakat Cina kembali menyokong MCA dan Gerakan kerana melihat cara berpolitik DAP yang mengambil jalan selamat (play save).

Kepada DAP, semua orang faham Lim Guan Eng bukan Melayu dan bukan Islam.  Daripada aspek profesionalisme, adakah Lim Guan Eng tidak layak dan tidak mencukupi syarat dilantik sebagai Perdana Menteri? Jika saya tidak silap, dahulu ada orang berkata, jika semua rakyat Malaysia sudah bersedia, jika semua rakyat Malaysia sudah matang, mengapa tidak ? (Baca hal ini dalam buku-buku Syed Hussien Al-Attas)

Semalam, akhbar-akhbar menyiarkan ucapan Presiden PAS bahawa Perdana Menteri Malaysia hendaklah seorang Islam dan berbangsa Melayu. 

Artikel ini dan ini berkaitan.

Bersambung...Adakah UMNO dan PAS sudah bersedia?.










1 Komen:

Generasi Pejuang Bangsa said...

Presiden PAS sudah beri hint bahawa PM hendaklah Melayu Islam sebab dia tahu DAP mahu PM Malaysia adalah Guan Eng .

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan