PKR TIDAK KONSISTEN JADIKAN ANWAR CALON PERDANA MENTERI , 5 SITUASI

on Sunday, December 18

DS Anwar Ibrahim, mantan TPM
Situasi 1
Untuk menang persepsi, Lim Kit Siang mendahului rakan-rakannya dalam PH/Pribumi dengan menamakan DS Wan Azizah Perdana Menteri sementara dan TS Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri. Kita tahu kedua-dua penama di atas tidak membalas politiking Lim Kit Siang itu, kerana sudah pasti mereka tidak bersetuju.

LKS tahu Muhyiddin mahu menjadi PM, manakala DS Wan Azizah mahu suaminya DS Anwar Ibrahim menjadi PM. Oleh kerana LKS tahu itu, LKS awal-awal memberi gentlemen warning kepada mereka berdua supaya mereka tidak mendahuluinya sebagai pemimpin de facto utama PH.

Situasi kedua
Cita-cita Anwar dan PKR adalah mahu menjadikan Anwar sebagai PM. Saya mendapati Nurul Izzah, Wan Azizah mahupun Saifuddin Nasution yang merupakan orang-orang kepercayaan Anwar sangat lambat menjaga reputasi Anwar dalam permainan persepsi LKS di atas.

Pada pandangan saya, PKR mesti segera menamakan semula Anwar sebagai PM Pakatan Harapan, bukannya Muhyiddin dan Mukhriz. PKR tidak sepatutnya berdiam diri dengan membiarkan LKS menguasai game tersebut. Mereka tidak sepatutnya membiarkan penyokong melihat PKR tidak lagi konsisten memperjuangkan Anwar.

Situasi ketiga
Saya meramalkan, Muhyiddin dan Shafie akan kembali semula kepada BN dan UMNO selepas PRU14. DS Nazri Aziz sudah pernah menyatakannya dan ada asas yang kuat. Saya juga sudah meramalkan di perenggan ke 8 di sini

Situasi keempat
Sejak mereka mendekati Pakatan Harapan, rakyat tidak pernah mendengar dari mulut Tun Dr. Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie Afdal untuk bersetuju menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri. Kerana sejak 1998, mereka berkempen untuk menolak Anwar sebagai Perdana Menteri. Memang sah mereka tidak mahu Anwar Ibrahim.

Jika begitu, mengapa PKR menerima kerjasama Parti Pribumi? Jawapannya mudah, mereka mahu mendapatkan undi daripada penyokong-penyokong Pribumi, manakala parti Pribumi juga mahu mendapatkan undi dari penyokong-penyokong PH.

Malangnya, mereka gagal meletakkan Anwar Ibrahim sebagai pilihan Perdana Menteri tanpa perlu dipersoal.

Situasi kelima
Kenyataan Prof Dato' Dr. Mohammed Ridzuan, VC UNISEL bahawa BN akan menang besar dalam PRU14 di sini sangat berasas. Punca utamanya ialah mereka gagal memuktamadkan Anwar sebagai Perdana Menteri PH. 

Sejak Prof Ridzuan mengeluarkan kenyataan di atas, seolah-olah beliau sudah digam untuk bercakap lagi sehingga ke hari ini. Tiada lagi kelibat dan komentar beliau di dada akhbar.

Tambun, Perak.
18 Disember, 2016.

1 Komen:

Anonymous said...

Anwar tak layak jdi pm krn krisis kepercayaan rakyat trhadapnya yg trpalit dgn kes liwat.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan