ANWAR SUDAH TIDAK RELEVAN (2)

on Saturday, February 21

1. MASALAH kecelaruan dan kegawatan dalam Pakatan sekarang berlaku menjelang DS Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-6 hujung bulan depan.

2. Semasa Tunku Abdul Rahman meletak jawatan, Tun Abdul Razak mengambilalih kepimpinan dengan menyatukan PAS kepada BN akibat daripada provokasi PAP & DAP hendak menguasai Tanah Melayu ketika itu. Penulis yakin DS Najib akan melakukan perkara yang sama.

3. Pertemuan-pertemuan yang berlaku di antara kepimpinan UMNO & PAS sejak Mac, 2008 masih lagi berlangsung dengan agenda menyelamatkan Melayu & Islam. Sebenarnya jika tiada Husam & Team Erdogan, sudah lama PAS bersatu kepada UMNO. Anwar melalui Husam terus kepada Nik Aziz menentang perpaduan ini.

4. Menjelang 2009, Anwar & PKR semakin tidak relevan. Pada tahun 2008 mereka berjaya mencanangkan PKR bersih Moral, UMNO buruk Moral= akhirnya Allah SWT menunjukkan parti siapa Moral dan siapa Tidak Bermoral.

5. Menjelang September 2008, Anwar Gagah Seantero dunia mereka mencanangkan bahawa ada 30 malah 40 malahan 60 MP BN akan menyertai PKR menubuhkan kerajaan = akhirnya Allah SWT menunjukkan YB siapa yang lari membentuk kerajaan.

6. Selepas Karpal menyeru Anwar bertaubat apakah Anwar masih relevan?

7. Tatkala Karpal menyeru Anwar meletak jawatan Ketua Pembangkang yang berElaun tinggi, apakah Anwar masih relevan?

8. Jika Anwar menasihati Speaker Siva menggantung DUN Perak, Karpal membantah.

9. Menjelang Mac 2009, 3 - 5 MP bersedia kembali menyertai BN sebagai tanda sokongan kepada DS Najib Tun Razak sebagai PM ke-6.

10. Kasihan SS Mufti Perak Harussani, dipujuk oleh pemimpin2 PAS supaya menasihati Raja Perak untuk tidak melantik MB baru, apabila ditolak dimaki-hamun, dicerca, malah dipanggil syaitan SS Mufti Perak Harussani.

4 Komen:

Sedingin Salju said...

Tuhan itu maha kaya.

Anonymous said...

kalau anwar sudah tidak relevan, sila jawab soalan ini.."KENAPA UMNO TAK HABIS2 MEMBEBEL TENTANG ANWAR? INI MENUNJUKKAN PERBUATAN ORANG YANG TERTEKAN DAN KHUATIR PENGARUH MEREKA AKAN TERGUGAT OLEH PIHAK LAIN. KALAU BETUL ANWAR SUDAH TIDAK RELEVAN, MAKA SUDAH TENTU UMNO TIDAK PERLU KECOH UNTUK MENYATAKAN BAHAWA ANWAR SUDAH TIDAK RELEVAN. DI MANA LOGIK ANDA?"...dipersilakan jawab dalam artikel terbaru anda. saya tunggu ok?

ahmed murtaza said...

Saya ahli PAS Penang, ayah saya ahli majlis, jika pas menyertai bn, agaknya benar anwar sudah tak laku, sy ada dgr di perak pejumpaan umno pas, sy tau jika berlaku,sy pikir anwar lebih dulu masuk bn

Panglima Perang Cyber said...

PAS akan gagal selagi team Anwar giat menghalang perpaduan Umno PAS.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan