TUN DR MAHATHIR BERCAKAP MENGENAI KERAJAAN CAMPURAN

on Tuesday, July 3

Hamba Allah SWT

Pilihanraya adalah satu cara yang diamalkan untuk rakyat sesebuah negara menubuhkan kerajaan. Sebab itulah, di Malaysia, apabila DAP, PAS dan PKR memenangi majoriti kerusi di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kedah dan Kelantan mereka boleh menubuhkan kerajaan. Kes yang berlaku di Perak ialah, apabila wakil rakyat DAP keluar parti, maka gabungan mereka kekurangan kerusi untuk mempertahankan kerajaan negeri mereka.

Dalam hal ini, kerajaan PBS di Sabah dan PAS di Kelantan dahulu pernah mewujudkan Undang-Undang Anti Lompat. Apakah undang-undang ini boleh diamalkan lagi, itu terpulang kepada wakil-wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri, atau di Dewan Rakyat untuk melaksanakannya.

Semasa kes PBS pada tahun 1990 dahulu, 5 hari sebelum PRU 1990, PBS telah mengambil keputusan drastik meninggalkan BN. Beberapa pemimpin yang sederhana seperti Datuk Clarence Bongkos pada ketika itu, ada menyuarakan bahawa tidaklah memalukan sekiranya PBS kembali semula ke pangkuan BN beberapa bulan selepas kejadian itu. Kesilapan DSP Pairin Kitingan itu dibayar dengan air matanya, sewaktu beliau melawat Tun Dr Mahathir di pejabat Perdana Menteri. 

Tun Dr. Mahathir bukannya suka membangga diri, sepanjang mengiringi DSP Pairin ke luar dari pejabat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sendiri yang membuka pintu dan mengucapkan selamat jalan kepada DSP Pairin Kitingan.

DS Anwar Ibrahim berusaha membeli peristiwa itu pada hari ini, tetapi saya yakin DSP Pairin seorang penganut agamanya yang dia yakini, saya tidak yakin DSP Pairin akan menyertai Pakatan Rakyat. Sebab keduanya begini...

Pada tahun 1994, semasa PRU Negeri Sabah, PBS sebenarnya masih berkuasa dan masih memerintah Kerajaan Negeri Sabah, malangnya satu demi satu Wakil Rakyat PBS lompat parti atau mencipta parti baru.  Mereka merompak Demokrasi PBS, dan peristiwa ini tidak mungkin dilupakan oleh masyarakat KDM dan DSP Pairin Kitingan. Dalam hal ini, anda boleh bertanya DSP Lajim Ukin atau terus bertanya kepada DS Anwar Ibrahim akan peranannya ketika itu?

Berbeza dengan Anwar Ibrahim, idea Tun Dr Mahathir ketika itu ialah hormati hak demokrasi PBS, jangan rampas kuasa PBS, dan Tun Dr Mahathir mencadangkan supaya Kerajaan Campuran PBS-USNO (BN) diwujudkan untuk memuaskan hati semua pihak. Tun Dr. Mahathir tidak mencadangkan dirampas kuasa PBS. Anwar Ibrahim menggunakan pendekatan yang berbeza, barangkali kerana berjiwapolitik muda dan kurang pengalaman berbanding Tun.

Walaupun Idea Kerajaan Campuran PBS-USNO(BN) ditolak oleh Majlis Tertinggi PBS ketika itu, pengajarannya ialah, anda di Sabah tidak boleh menggantung harapan kepada Anwar Ibrahim, yang pernah mengecewakan anda dengan idea-idea politiknya ketika itu. Merampas dan menumbangkan kerajaan PBS dengan cara tidak demokratik bukanlah idea yang menarik.

Semasa saya berbual-bual dengan DSP Pairin Kitingan dan DSP Lajim Ukin, di parlimen tidak lama dahulu, saya dapat mengesan satu perkara yang orang lain patut tahu juga, bagi saya DSP Pairin akan setia kepada BN dan beliau ingin menyumbangkan sesuatu yang besar kepada masyarakatnya (KDM) dan negeri Sabah.

DSP Lajim Ukin adalah Naib Presiden NGO GAGASAN, manakala saya pula adalah YDP GAGASAN Kota Kinabalu yang memberi tumpuan kepada aspek pendidikan. Kami belum aktif sepenuhnya di negeri Sabah, semoga masa memihak kepada kami. Hal DSP Lajim Ukin, saya akan ceritakan pada masa yang akan datang, namun satu perkara yang bagus kepada DSP Lajim ialah beliau percaya bahawa masyarakat Bugis di Sabah perlu diberi ruang dalam politik negeri Sabah, malah beliau mempercayai bahawa masyarakat Bugis di Sabah turut sama membangunkan negeri Sabah. Ikuti wawancaranya di akhbar Utusan Malaysia tidak lama dahulu. YB Datuk Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kota Belud dalam ucapan terbarunya yang penulis ikuti turut bercakap mengenai masyarakat Bugis Sabah dan peranan masing-masing.

Kesimpulannya mudah, Tun Dr. Mahathir memang benar sudah pencen daripada jawatan Perdana Menteri, tetapi anda sendiri tahu Tun Dr Mahathir berjalan di seluruh negara untuk menyedarkan kita betapa pentingnya perpaduan menghadapi PRU13. Apakah perbezaan Tun Dr. Mahathir telah pencen, tetapi masihbergerak ke seluruh pelusuk negara berucap menyedarkan kita yang sudah lupa, dengan idea supaya Tun Dr. Mahathir kembali sebagai Ahli Parlimen.

Tidak kira anda muda atau tua, masih belajar atau pencen, di kampung atau bandar, Pak Lah atau Dr. Mahathir, kita semua bertanggungjawab membantu DS Najib meneruskan kecemerlangan negara kita ini. Anda akan tahu sebabnya selepas PRU13. Sekarang tiada jawapan.

Saya gembira seandainya Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke ruang politik nasional, baca seterusnya di dalam buku terbaru saya di sebelah, tapi anda kena beli lah...

Terima kasih.

5 Komen:

AZIZ DAENG PALALLO said...

ASSALAMUALAIKUM WBT

SYABAS DAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN BUKU TERBARU DILEMA MELAYU SABAH. AKAN DATANG TULISLAH PULA KHUSUS TENTANG ORANG BUGIS, INSYA-ALLAH.

BERSIH said...

Liong Sik: Dr M kept ‘fully involved’ in PKFZ project

San Miguel said...

Bercerita tentang kehebatan Mirzan. Beliau sebelum ini, menguasai syarikat antarabangsa Filipina, San Miguel Corporation, yang juga pemilik syarikat San Miguel Brewery Inc, pembekal dan pengedar minuman arak yang terbesar di negara tersebut.

San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran arak Filipina. Syarikat yang sudah mencecah satu abad itu, difahamkan turut mempunyai kilang arak serta kepentingan di China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Menurut laman web San Miguel, ia mempunyai pasaran 60 buah negara di seluruh dunia.

Walaupun San Miguel turut terbabit dalam beberapa bidang perniagaan lain, tetapi yang jelas penglibatan Mirzan, selaku anak kepada bekas PM, anak bekas Presiden Umno yang beragama Islam, yang partinya mendakwa parti Islam terbesar dalam Malaysia, mencetuskan banyak persoalan.

Hari ini rakyat Malaysia mempersoalkan pula, bagaimana Mirzan melalui San Miguel berjaya menguasai syarikat minyak Esso Malaysia. Esso kemudiannya menukar nama kepada Petron dan Petron diberi kontrak untuk membekalkan minyak kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

MAS sebelum ini mendakwa mengalami kerugian, kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas, dan Dr Mahathir selaku Pengerusi Petronas.

Esso sudah ‘direbranded’ sebagai Petron selepas syarikat asal dari Filipina, Petron Corp yang merupakan sebahagian daripada syarikat milik konglomerat San Miguel menjadi pemegang saham terbesar Esso Malaysia dengan pegangan saham sebanyak 73.4 peratus.

Apa yang jelas hari ini, Putrajaya yang dipimpin Najib begitu membisu dengan penguasaan ekonomi yang semakin rancak oleh anak-beranak Dr Mahathir. Yang jelas, mereka semakin mendominasi ekonomi negara. Penuh dengan ‘conflict of interest.’

Kita menggesa Putrajaya untuk memberi penjelasan bagaimana syarikat-syarikat yang merupakan aset penting negara, boleh dikuasai oleh entiti asing dengan harga belian di bawah harga pasaran sebenar.

Seperti yang ditegaskan Anwar, Najib harus membuat penjelasan kepada rakyat, mengapa semua urusniaga yang membabitkan Petronas, MAS, Petron dan sebagainya, dilakukan untuk kepentingan Dr Mahathir anak-beranak?

Bagi Dr Mahathir, beliau anak-beranak, boleh tersenyum bangga kerana mereka merupakan Bumiputera yang berjaya dalam perniagaan, dengan nilai syarikat-syarikat besar yang mereka kuasai mencecah puluhan bilion ringgit.

DATUK BAH said...

Sejarah Freemason Yahudi dalam Pentadbiran Malaysia

Pada 25 Oktober 1978 iaitu ketika berlangsungnya persidangan Parlimen, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan tindakan kerajaan membiarkan organisasi Freemason didaftar dengan banyaknya di Malaysia.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang ketika itu merupakan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa membangkitkan persoalan itu kepada Tun Hussein Onn yang juga Perdana Menteri ketika itu. Beliau mendedahkan organisasi Freemason ketika itu sudah melebihi 55 lodges (bangunan seperti kuil) dan ahlinya pula sudah mencapai 2,984 orang termasuk seorang berjawatan menteri. Pada waktu itu, rata-rata umat Islam sudah mengetahui bahawa organisasi Freemason ini ditubuhkan untuk menghancurkan umat Islam pada masa depan.


Justeru, amat memeranjatkan apabila Menteri Dalam Negeri ketika itu iaitu Tan Sri Ghazali Shafie mendakwa pihak kerajaan tidak berhasrat untuk menghalang pendaftaran pertubuhan itu. Pada hari ini, organisasi Freemason berkembang pesat dan mempunyai cawangan di seluruh Malaysia.

Lebih mendukacitakan, ramai profesionalisme Islam termasuk ahli politik menyertai organisasi ini.

Berikut ialah senarai bangunan Freemason atau lodge yang masih aktif di Malaysia:
• No. 100, Jalan Junid, 84000, Muar, Johor
• Jalan Abu Bakar, Johor Bahru, Johor.
• No. 136, Jalan Utama, Georgetown.
• No. 27, Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.
• Jalan Chan Koon Cheng, 75000, Melaka.
• Jalan Penghulu Cantek, Seremban, Negeri Sembilan.

RUJUKAN:
Ibnu Yaacob. 2010. Rahsia Simbol Yahudi, Kulim-Kedah, Moon Media Enterprise.

Anonymous said...

Jawapan kepada saudara San Migual,

Berkenaan tentang anakanda Dr Mahathir iaitu Mirzan yang menjadi ahli lembaga pengarah syarikat arak San Miguel, mungkin ada sebab tersendiri. Belum tentu ianya dibuat secara suka suka, tapi setelah membuat penelitian tentang kebolihan Mirzan sendiri.

Di Malaysia, Genting dan GAB (Guinness Anchor Bhd) pun ada ahli lembaga pengarah orang islam. Alasannya, adalah untuk memberi panduan kepada syarikat ini bagaimana untuk dealing dengan orang Islam. Cuba lihat iklan syarikat arak sekarang, tidak ada lagi gambar model seksi digunakan untuk mempromosi arak tersebut. Sebaliknya, iklan yang digunakan lebih beretika dimana mereka cuma mengiklankan produk mereka 'just as it'.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan