PERHIMPUNAN 12 JANUARI: NASEHAT LEE KUAN YEW, HISHAMUDIN RAIS & TURKI

on Wednesday, January 9

HISHAMUDIN RAIS DAN NILAISME SOSIALIS TIDAK DAPAT DIPISAHKAN

MENJELANG hari Perhimpunan kononnya 1Juta orang hari Sabtu ini di Kuala Lumpur, nama Hishamudin Rais, Chua Tian Chang @ Tian Chua Fook (Tian Chua) dan Anthony Loke menjadi antara penggerak penting kepada perhimpunan yang amat-amat diharapkan oleh mereka akan menjadi. 

Selepas gagal dalam Bersih 3.0 dan 901, kali ini Hishamudin Rais diberi tanggungjawab besar, barangkali melihat kepada sejarah lamanya yang berdemonstrasi tahun 70an dahulu dan telah ke luar negara berpuluh-puluh tahun di negara orang.

Selain di Kuala Lumpur, mereka turut berharap akan ada sambutan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, juga di Miri dan Kuching, Sarawak. Di luar negara, mereka menumpukan kepada pelajar-pelajar Cina Malaysia yang ada di Taiwan, Hong Kong dan Australia. Memandangkan cuaca sejuk dan salji di sana ketika ini, perancangan mereka agak tergendala. 

Di Arab Saudi, Hishamudin Rais gagal mempengaruhi pelajar Malaysia kerana Kerajaan Arab Saudi sudah memberi Amaran Keras tidak hendak ada kacau-kacau di negara mereka!

Pada 20 Disember 2012, Hishamudin Rais sekali lagi mengemudi Mesyuarat penting di Dewan Perniagaan Cina Selangor/Kuala Lumpur (DPCS/KL) dan mereka memutuskan untuk mengadakan perhimpunan tersebut pada 12 Januari 2012.P

Amat malang kepada Hishamudin Rais, walaupun Menerbangkan DS Anwar Ibrahim ke Sarawak pada 3 hari yang lalu, hanya lebih kurang 300 orang sahaja hadir di Limbang. Keadaan ini sangat menyedihkan DS Anwar Ibrahim. Begitu juga di Melaka, dengan kehadiran Hishamudin Rais pun hanya mampu menghadirkan lebih kurang 400 orang di Kampung Bukit Pulau Melaka. Di Pusat Khidmat DUN Paroi, Negeri Sembilan hanya 250 orang sahaja hadir walaupun diketuai oleh Hishamudin Rais. Saya melihat Hishamudin Rais perlu koreksi diri, kata Lee Kuan Yew dalam satu temubual terhebat dengan TV China, "zaman sudah berubah cara lama tidak releven lagi". 

Namun, nampaknya Hishamudin Rais masih menggunakan cara lama walaupun zaman sudah berubah!

Saya membaca entry terbaru Hishamudin Rais di akhbar mereka, ianya menunjukkan semangat dan nilai-nilai Sosialis yang masih dipegang kuat oleh beliau. Saya teringat kata-kata YB Joseph Lim Guan Eng, katanya contohilah Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah yang dicontohinya? Dalam buku terbaru Khalifah Umar Abdul Aziz yang saya baca, beliau menentang pengambilalihan kerajaan secara kekerasan, paksaan dan Revolusi. Gerakan-gerakan yang dibuat oleh Hishamudin Rais ini lebih kepada bersifat Revolusi. Khalifah Umar Abdul Aziz menentang cara ini.


MOGOK LAPAR YANG MEMANG LAPAR 

Antara lainnya, mereka mengadakan Mogok Lapar di Dataran Merdeka. Amat menggelikan apabila Adegan Mogok Lapar mereka didapati mencuri-curi makan di belakang kedai! Sungguh memalukan. 

Pada 3 Januari 2013, Menteri Besar Selangor turut mempengerusikan mesyuarat di Pejabat Menteri Besar dengan dihadiri lebih kurang 21 orang pemimpin PR, bagaimana cara meramaikan orang datang ke perhimpunan 12 Januari ini.

Satu-satunya jasa DAP ialah, khabarnya menyewakan DPCS/KL pada 12 Januari 2013, sekiranya berlaku huru-hara, para pemimpin PR akan dibenar berlindung di situ. Kenapa tidak berlindung di Masjid Negara atau di Balai Polis?

Inilah antara senario menjelang perhimpunan 12 Januari 2012.

Ternyata para pemimpin jalanan seperti Hishamudin Rais, Tian Chua, Mat Sabu dan anak didikan mereka Adam Adli (khabarnya ditugaskan memimpin sekumpulan mahasiswa di kawasan Universiti Malaya untuk merodok dan memajukan diri ke hadapan sekiranya mendapat halangan), menghadapi kacau bilau minda dan perasaan. Jambatan kedua Pulau Pinang sudah hampir siap, Hishamudin Rais masih berfikiran di tahun 70an.

Bagi saya, Hishamudin Rais patut menghentikan semua ini dan belajar menjadi Warganegara hebat seperti Lee Lam Thye. Belajar menjadi seperti Hillary Clinton di Amerika, walaupun tewas kepada Barrack Obama (2008) tetapi menerima lantikan  sebagai Setiausaha Negara. Jadilah seperti Senator Paul Findley, perjuangannya di atas kertas lebih berjaya daripada di atas jalanan. Tiada luka dan darah menyembah bumi!

Saya pernah hadir persidangan meja bulat dengan YB Tian Chua mengenai cadangan pemansuhan ISA. Beliau boleh memberikan cadangan dalam mesyuarat, cadangan beliau dan lain-lain pakar dihantar kepada pengetahuan YAB Perdana Menteri. Cadangan itu akhirnya diterima, walaupun di Amerika dan Singapura ISA diteruskan mantap. 


KEDUTAAN TURKI DI KUALA LUMPUR
TURKI 

Khabarnya ada warga asing dari Turki terlibat dalam perhimpunan kali ini. Mereka didatangkan khas dari Ankara! Jabatan Imigresen dan pasukan keselamatan hendaklah menyiasat hal ini jika ada kebenarannya? Apakah peranan dan tugas mereka dalam perhimpunan 12 Januari ini? 

Semasa demo Bersih 3.0, beberapa Diplomat Singapura dikesan menyertai demo tersebut. Namun, kerajaan Singapura menafikan perkara tersebut walaupun rakyat Malaysia mendesak diplomat yang terbabit keluar dari kepompong persembunyian mereka.  Isu ini sudah ditamatkan apabila Menteri Luar Singapura dan Parlimen Singapura menafikannya, namun ianya menjadi sejarah dan pengajaran kepada rakyat Malaysia akan campurtangan asing.

Bagaimana pula kaitan Turki dan perhimpunan 12 Januari ini? 







7 Komen:

Anonymous said...

Mereka seperti HR dan TC ini hanya layak menjadi pemimpin jalanan.Tiada kualiti dan tiada harga diri.Mereka sendiri yang meletakkan taraf mereka di situ.Nilai mereka hanya di tapak kaki.

Man driver said...

pengkhianat bangsa dan negara

Anonymous said...

Tuan, artikel ini masuk Utusan Malaysia hari ini.thnh.

Anonymous said...

Saya melihat sendiri gelagat Hishamudin amat membenci pemimpin UMNO. Dalam majlis dihadiri ramai bukan Islam dan duta asing di Menara PKNS PJ pada tahun 2010 mamat ini mengutuk bangsa sendiri. Saya rasa sikapnya amat keterlaluan. Sejak itu saya tidak percaya kepada Pakatan Rakyat yang sanggup buat apa saja demi mendapatkan kuasa. Habis negara tergadai kepada puak kafir jika mereka berkuasa.

melayu puchong said...

setuju sangat tu...rakyat pun bijak untuk menilai.... rakyat perlukan sokongan, kesejahteraan, keselamatan dan sedikit kesenangan... perubahan memang diperlukan baik untuk agama, negara, keluarga, dan diri sendiri.... lihat lah sendiri musibah yang berlaku ditimur tengah sekarang ni kerana mahukan perubahan kuasa....lihatlah kesannya sekarang..... walaupun satu bangsa dan seagama....lain lah dimalaysia.. berbilang bangsa... irihati dan kebangsaan tetap menebal.... kalau melayu sendiri tak boleh menaikkan bangsa melayu.. sapa lagi. akhirnya yang jadi pengemis adalah melayu sendiri... bangsa lain menjadi kaya raya di malaysia tidak ada seorang melayu pun yang pertikaikan....tetapi kalau melayu menjadi kayaraya macam2 tomahan yang datang dan dilemparkan... walau pun nampak remeh ini adalah hakikat....dan cuba renungkan petikan dari sumber sahih... Malaysia maju dan berjaya bukan kerana orang melayu...tetapi bangsa lain yang menguasai ekonomi Malaysia... Melayu mudah dicucuk hidung dan dibeli... dan contoh semasa Lim Guang Eng menjadi ketua menteri PP ramaivorang melayu yang mengatakan beliau akan masuk islam kerana amat2 menerapkan nilai2 islam... ahkirnya bertukar nama kepada Josep Lim Guang Eng... pasal tu nak nama Allah dalam bibble version Melayu....supaya akan ramai lagi Melayu yang akan terpesong...

taipingcentral_harapan melayu said...

Assalamualaikum bro..

Mohon di pautkan blog saya ini ye..

http://taipingcentral.blogspot.com/

Semoga tali ukhuwah ter erat antara kita di alam maya..

Anyway, sempoi blog bro.. Hebat..

Tq bro..

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

ok Bro, terimakasih, teruskan perjuangan bersama, dan tawakkal tu ilallah..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan