PAKATAN BAHARU PEMBANGKANG= DAP-PKR-MCA-GERAKAN ?

on Tuesday, March 24

SAYA tertarik dengan artikel terbaharu Lim Kit Siang ini. Sebenarnya saya sudah membaca buku Lim Kit Siang bertajuk Malaysia: Crisis Of Identity ketika saya berumur 20 tahun. Dalam buku terbaharu ini, saya turut menulis ulasan mengenai buku Lim Kit Siang itu.

Tegas Lim Kit Siang, “Untuk menyelamatkan Malaysia, mungkin masa telah tiba untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen dari parti kerajaan dan pembangkang yang mahu mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, dengan seorang Perdana Menteri baru”.

Lim Kit Siang sudah tahu apa akan berlaku kepada Pakatan Rakyat selepas pembentangan Hukum Hudud di Parlimen tidak lama lagi. Lim Kit Siang tahu UMNO akan menyokong private bill ini kerana UMNO sudahpun sebulat suara menyokongnya di DUN Kelantan. Ianya tiada perbezaan.

Lim Kit Siang membangkitkan isu baharu katanya Hukum Hudud ini bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan berkenaan ‘Kesamarataan di sisi undang-undang’. Lim Kit Siang lupa bahawa kepada PAS khususnya, alasan itu tiada ketakutan kebimbangan sedikit pun kepada PAS.

Pakatan Baharu: DAP-PKR-GERAKAN-MCA
Jika dilihat semula cadangan Lim Kit Siang itu, bermakna mana-mana parti yang menentang Hudud akan berdiri di sebelah DAP. Sudah tentu dalam hal ini, parti-parti itu ialah MCA dan Gerakan di Semenanjung Malaysia dan PRS di Sarawak. Parti-parti lain di Sabah dan Sarawak belum menyatakan pendirian rasmi mereka.

Soalnya MCA dan Gerakan adalah dua buah parti pro Cina yang lemah dan dilemahkan sendiri oleh DAP. Mereka sudah terperangkap. Sekiranya MCA dan Gerakan memiliki 21 kerusi parlimen, maka mereka bernilai dan berharga. Malangnya mereka hanya memiliki 7(MCA) dan 1 (Gerakan) kerusi sahaja, maka mereka meninggalkan BN satu kerugian besar dan mereka menyertai DAP juga satu kerugian yang besar. 

Manakala BN boleh menambah kelompangan baharu yang ditinggalkan MCA dan Gerakan di atas dengan penyertaan baharu daripada parti PAS yang memiliki 21 kerusi parlimen sekarang. 

Komen Lim Kit Siang kepada PAS, “Dengan mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi pelaksanaan hudud tanpa mempedulikan sama sekali keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Februari lalu bahawa sebarang rang undang-undang persendirian berkaitan hal itu perlu terlebih dahulu dibentangkan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat, serta sebagai satu lagi pelanggaran setelah PAS Kelantan melanggar Kerangka Kerja Dasar Bersama Pakatan dengan mengemukakan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang kemudiannya diluluskan oleh DUN Kelantan, Pakatan seolah-olah tidak lagi wujud di mata Presiden PAS,” 

Sekiranya idea ini menjadi kenyataan, umat Islam dan orang Melayu di Malaysia akan bernazar. 

Pengajaran Kepada UMNO dan PAS
Sementara itu, Malaysia akan memasuki era baharu dengan landskap politik baharu. Jangan menyalahkan sesiapa mengapa ianya berlaku, ini semua salah Lim Kit Siang sendiri. Teori politik Lim Kit Siang telah memakan dirinya sendiri, kerana membunuh habis-habisan bangsanya sendiri (MCA dan Gerakan), namun Lim Kit Siang tidak rugi 100% kerana dia sudah memiliki Pulau Pinang.

Kepada UMNO jangan habis-habisan menentang PAS. Kepada PAS janganlah jua habis-habisan menentang UMNO. Pelajarilah apa yang telah berlaku kepada DAP, MCA dan Gerakan !

1 Komen:

Anonymous said...

Dont under estimate what has been written by admin above! Those things can just happen. PASMA and PKR Malays may just join ranks with them.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan